Titah Ucapan Raja Muda Perlis DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail

Bersempena dengan Lawatan ke Sekolah Agama Sinthatham Islamic Committee Nakhorn, Phang-Nga, Thailand Pada 9 Januari 2017, Pukul 11.45 Pagi

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

“Raja Berdaulat, Rakyat Berilmu, Negeri Sejahtera, Perlis Maju” serta salam MAIPs

“Menjunjung Syiar, Memaju Ummah”

Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah Azawajalla, kerana dengan limpah kurnia dan inayah-Nya jua, maka dapatlah kita bersama-sama pada pagi yang sungguh indah ini.

      Mula-mula sekali, saya ingin mengucapkan penghargaan kepada Jawatankuasa Pelaksana yang bertungkus-lumus menjayakan program ini, khususnya pihak Majlis Agama ISlam dan Adat IStiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) atas inisiatif bersama-sama dan berharap akan memberikan impak yang besar terhadap sekolah ini.

       Ucapan berbanyak-banyak terima kasih saya kepada pentadbir dan guru-guru, serta para pelajar Sekolah Agama Sinthatham Islamic Comittee Nakhorn yang sudi menerima kunjungan delegasi dari Perlis.

     Seterusnya, saya mengalu-alukan sekalian yang sudi melapangkan masa untuk hadir.

Hadirin sekalian,

Kewujudan sekolah-sekolah agama di sini sejak sekian lamanya menjadi wadah atau “gedung” dakwah kepada agama Islam yang cintakan keamanan dan melambangkan penerimaan masyarakat terhadap perkembangan agama syumul kita di wilayah ini.

       Pada saya, pengajaran bahasa Melayu di sekolah-sekolah agama seperti di Sekolah Agama Sithatham ini, insya-Allah merupakan kegiatan yang amat penting kerana:

Pertama

Akan berupaya memperluas dan memperkaya lagi minda para pelajar terhadap sosiobudaya dan komuniti bahasa Melayu.

Titah DIraja ini dipetik dari Pelita Bahasa keluaran Mac

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *