Ikhlaskan Hati

      No Comments on Ikhlaskan Hati

Ikhlaskan Hati

Ikhlaskan hati dalam solat,
baik yang wajib mahupun sunat.
Ikhlaskan hati bila memberi,
jangan dicanangkan ke sana ke sini.
Ikhlaskan hati menolong orang,
jangan ada terlebih atau terkurang.
Ikhlaskan hati bila menderma,
jangan fikir hendak dapat nama.
Ikhlaskan hati ketika berkawan,
tanpa mengira orang biasa atau hartawan.
Ikhlaskan hati menderma harta,
demi kebaikan agama tercinta.

Ikhlaskan hati mendidik pelajar,
nasihatkan juga rajin belajar.
Ikhlaskan hati menjadi Tetamu Allah,
sucikan niat dalam setiap ibadah.
Ikhlaskan hati kerana Allah
ibadah kita jadi indah dan berkat.
PENA MUTIARA
Taman Keramat Permai,
Kuala Lumpur.

اخلاصكن هاتي

,اخلاصكن هاتي دالم صلاة
.باءيق يغ واجب ماهوفون سنة
,اخلاصكن هاتي بيلا ممبري
.جاغن دخانغكن كسان كسيني
,اخلاصكن هاتي منولوغ اورغ
.جاغن اد ترلبيه اتاو تركورغ
,اخلاصكن هاتي بيلا مندرما
.جاغن فيكير هندق دافت نام
,اخلاصكن هاتي كتيك بركاون
.تنفا مغيرا اورغ بياسا اتاو هرتاون
,اخلاصكن هاتي مندرما هرتا
.دمي كباءيقن اضام ترخينتا

,اخلاصكن هاتي منديديق فلاجر
.نصيحتكن جوض راجين بلاجر
,اخلاصكن هاتي منجادي تتامو الله
.سوخيكن نية دالم ستياف عبادة
,اخلاصكن هاتي كران الله
.عبادة كيت جادي اينده دان بركة
فينا متيارا
تامن كرامت فرماي،
كوالا لمفور.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *