28 Ribu Judul Setahun:Bagaimanakah Peranan E-Buku?

Oleh JENIRI AMIRMeskipun jumlah buku di dunia telah bertambah berlipat kali ganda, keadaan di negara kita tidak jauh berubah dalam tempoh 50 tahun yang lalu. Perkembangan industri penerbitan agak perlahan, dan tidak seiring bukan sahaja dengan peningkatan penduduk, tetapi juga dengan pertumbuhan dan perkembangan dalam bidang lain. Mengapakah perkara ini berlaku? Adakah kerana kita tidak mempunyai budaya mencintai dan menjanakan ilmu atau kita tidak mempunyai sarjana, penulis dan penerbit yang komited?

Dunia perbukuan memerlukan kerjasama pelbagai pihak – penulis, penyunting, pereka letak, penerbit, pencetak, pengedar dan seumpamanya. Adakah minat membaca yang rendah menjadi penyumbang lembapnya dunia penerbitan di negara kita selama ini? Kita perlu memastikan segala proses dan rangkaian terbabit berjalan dengan lancar dan berkesan. Jika mana-mana satu mata rantai terbabit tidak berfungsi dengan baik, sudah pasti perkara ini akan menjejaskan matlamat untuk melahirkan lebih banyak tajuk buku di negara ini.

Di dunia, hanya 500 tajuk dihasilkan pada tahun 1550, kemudian bertambah menjadi 2300 pada tahun 1650, sebelum melonjak kepada 50 ribu pada tahun1850. Pada tahun 1550, jumlah bibliografi secara kumulatif hanya 35 ribu tajuk, kemudian meningkat kepada 700 ribu pada 1750, sebelum mencecah 16 juta pada tahun 1950, dan kemudiannya melonjak 52 juta pada tahun 2000. Untuk membaca semua buku yang telah diterbitkan, anda perlu hidup 250 ribu tahun, dan untuk membaca tajuknya sahaja pun mengambil masa 15 tahun.

___

Rencana ini dipetik daripada Pelita Bahasa, April 2012.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *