Bentuk Soalan Pemahaman Berdasarkan Antologi Teks Komsas Fasa Ketiga

Oleh Samat Buang

      Buat kali pertama, kertas Bahasa Melayu 2 peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 mengemukakan soalan pemahaman berdasarkan antologi teks Komponen Sastera (Komsas) yang baru diperkenalkan sejak 2015. Soalan pemahaman Komsas yang dimaksudkan itu secara tidak langsung sudah menjawab segala teka-teki yang bermain dalam benak para guru dan murid tentang bentuk soalan pemahaman dan petikan genre sastera yang bakal diuji untuk tahun pertama sejak antologi teks Komsas fasa ketiga yang diguna pakai. Dengan adanya bentuk soalan pemahaman tersebut, memudahkan para guru untuk mengajarkan Komsas tahun ini dan seterusnya. Seperti biasa setiap tahun terdapat tiga soalan pemahaman yang terdiri daripada genre sastera cerpen, prosa tradisional dan puisi (tradisional atau moden) dikemukakan. Oleh itu, fokus perbincangan dalam makalah kali ini tertumpu pada analisis dan perbincangan tentang bentuk soalan pemahaman Komsas yang diuji dalam peperiksaan SPM tersebut.

     Oleh itu, bagi memudahkan pemahaman dan
perbincangan selanjutnya, terlebih dahulu perhatikan
analisis soalan pemahaman Komsas peringkat SPM 2016
yang berikut:

Berdasarkan analisis dalam Jadual 1, jelas memaparkan analisis tiga genre sastera yang terpilih untuk petikan soalan pemahaman Komsas dan diuji pada peringkat peperiksaan SPM bermula 2016 khususnya bagi soalan 2. Soalan 2 mengandungi empat petikan, iaitu soalan 2 (a) petikan umum; 2 (b) petikan prosa moden (cerpen atau drama), 2 (c) petikan prosa tradisional, dan 2 (d) petikan puisi (tradisional atau moden). Soalan 2 (b) mengemukakan petikan pemahaman cerpen yang berjudul “Gerhana Manusia” daripada antologi Sejadah Rindu; soalan 2 (c) mengemukakan petikan pemahaman prosa tradisional yang berjudul “ Kepimpinan Melalui Teladan” daripada antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul; dan Soalan 2 (d) mengemukakan petikan pemahaman puisi tradisional, iaitu gurindam yang berjudul “Beberapa Petua Hidup” daripada antologi Sejadah Rindu. Jumlah markah yang peruntukkan bagi ketiga-tiga petikan ialah sebanyak 26 markah, iaitu masing-masing 9 markah, 8 markah dan 9 markah.

Rencana ini dipetik dari Pelita Bahasa Keluaran Februari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *