Cemerlang Bahasa Melayu Kertas 1 SPM

      No Comments on Cemerlang Bahasa Melayu Kertas 1 SPM

Oleh Alias Ismail

      Pelajar yang berada dalam tingkatan lima di seluruh negara sama ada yang belajar di sekolah bantuan kerajaan mahupun sekolah swasta akan berhadapan dengan ujian bertulis peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 kurang setahun dari sekarang. Dalam konteks ini, mereka yang berkenaan itu pada umumnya dikenali sebagai calon SPM 2017.

      Ada kemungkinan yang sangat besar bahawa mereka akan berjuang dengan menghadapi format peperiksaan yang sama, khasnya Bahasa Melayu Kertas 1 kerana setakat ini tiada apa-apa perubahan yang dijelaskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Oleh hal yang demikian, perkara yang perlu ditanya oleh calon SPM kepada diri masing-masing ialah tahap kesediaan mereka menjawab soalan Bahasa Melayu Kertas 1. Pada ruang yang terbatas ini diperturunkan panduan ringkas kepada calon SPM 2017 cara yang dapat memudahkan mereka mencapai kecemerlangan.

       Sebagaimana yang semua calon SPM 2017 sedia maklum, mereka dikehendaki mejawab dua soalan, iaitu soalan wajib (soalan tunggal) pada bahagian A dan satu daripada lima soalan pada bahagian B. Sebanyak 30 markah ditawarkan kepada calon SPM pada bahagian A. Yang berikut ini merupakan panduan yang seharusnya dilaksanakan dengan berkesan di meja peperiksaan kelak.

Petua Menulis Karangan Bahagian A

  • Tulis karangan dalam lingkungan 200 hingga 250 perkataan. Walaupun ada guru memberitahu calon bahawa mereka dibenarkan menulis dalam jumlah perkataan lebih panjang, namun peraturan yang tertera pada soalan ialah 200 hingga 250 perkataan. Perhatikan peraturan itu dan bertindakla mengikut arahan semasa. Sebaik-baiknya catatkanlah jumlah perkataannya.
  • Karangan tersebut mestilah menepati tema bahan rangsangan. Oleh sebab itu, bacalah soalan dengan teliti.
  • Karangan berkenaan mestilah ada unsur pendahuluan, beberapa isi, dan ada unsur penutup.
  • Karangan tersebut seharusnya mempunyai isi yang dicadangkan oleh soalan dan ditulis secara tersusun.
  • Semua isi itu mestilah dihuraikan dengan jelas berserta contoh yang tepat.
  • Jumlah perkataan antara satu perenggan dengan perenggan yang lain perlu mempunyai keseimbangan.
  • Bahasanya pula perlulah bervariasi dan ada ungkapan yang menarik contohnya cogan kata, terjemahan ayat suci al-Quran, pendapat tokoh, petikan kata-kata pemimpin, kata-kata hikmat, terjemahan hadis, peribahasa, slogan, dan dapatan kajian sarjana.

Rencana ini dipetik dari Pelita Bahasa keluaran Februari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *