Siamang

      No Comments on Siamang

Kumpulan itu perlu berhijrah mencari kehidupan baharu. Penghijrahan itu menempuh dugaan– dugaan yang mesti diatasi untuk membina kehidupan dan harapan baharu bagi kelangsungan hidup.

Kelam. Sayup-sayup di sebelah timur dan utara, sabung-menyabung kokok ayam

memalu waktu. Jalak Kampung Erong di sebelah timur bergabung mencabar jalak dari

Lembah Tiang Bertarah di sebelah utara. Di celahcelah pertarungan fajar itu, mencelah sesekali juara denak hutan melempar suara nyaring.

Segala merdu rimba pagi itu kian sayup. Sayup, sayup. Jauh dan sayu. Meskipun sayup, meskipun jauh, pendirian akalnya mula mengesahkan harapan yang masih bernyawa di sebelah utara dan timur itu, di sebelah arah datangnya bunyi merdu pagi itu. – Kita cubalah bina kehidupan di sana. Tak ada apa-apa yang boleh diharapkan di sini.  Segalanya telah musnah.

Matanya terkejip-kejip menoleh sejenak ke arah barat, di sebelah sisi kanannya. Sunyi. Sepi. Usahkan pekikan ayam, bunyi unggas pun sudah lama membisu. Tiada lagi keluarga murai ceria menyambut pagi. Benar kata bininya itu. Perbincangan sepasang kehidupan itu melalut sampai lewat malam ketika anak bongsunya yang mencecah dua tahun melingkar lena di ribaan

bininya. Koloninya makin mengecil. Cuma tinggal berenam, termasuk dia laki bini. Habitat hayatnya menyempit, yang situasi tidak memungkinkan koloninya berkembang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *