Lakaran Sejarah Pengajian Melayu-Nusantara di Belanda

Oleh Siti Nur Hidayah Othman Bakar

Kuala Lumpur, 6 Januari 2017 – Yayasan Karyawan dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah menganjurkan Syarahan Umum bertajuk “Dinamik Pengajian Melayu-Nusantara di Belanda: Kini dan Masa Hadapan.”

      Penyampai syarahan ialah Dr. Suryadi dari Leiden Institute for Area Studies (LIAS), Universiti Leiden, Belanda manakala Encik Rusli Abd. Ghani bertindak selaku moderator bagi sesi tersebut. Syarahan ini menghuraikan dinamik pengajian Melayu-Nusantara di Belanda, khususnya di Leiden. Huraian berfokuskan kepada dua perkara, iaitu gambaran mengenai kekayaan koleksi Leiden University Library, khususnya yang berkatan dengan dunia Melayu-Nusantara; dan perubahan yang telah berlaku dalam pengajian Melayu-Nusantara di Leiden mengikut peredaran zaman, sejak pertengahan kurun ke-19 hingga kini.

       Kajian Melayu-Indonesia di Universiti Leiden masih lagi wujud sehingga kini dan terus menyesuaikan programnya mengikuti peredaran zaman dan trend dunia keilmuan. Begitu juga dengan kekayaan koleksi perpustakaan mengenai dunia Melayu-Nusantara, klasik dan moden, yang dimiliki oleh kedua-dua institusi itu, kini disatukan di bawah pengurusan Leiden University Library. Oleh itu, Leiden hendaklah dijadikan sebagai tempat yang sewajarnya dikunjungi oleh kalangan sarjana dan calon doktor falsafah (PhD) dalam bidang sosial dan ilmu kemanusiaan untuk melakukan kajian yang mendalam mengenai dunia Melayu-Nusantara.

Berita ini dipetik dari Pelita Bahasa keluaran Februari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *