Munsyi Dewan Pemartabat Bahasa

      No Comments on Munsyi Dewan Pemartabat Bahasa

Oleh Ahmad Sayuti Mohd Yusob

Muzakarah Munsyi Dewan 2016 yang melibatkan Munsyi Dewan (Bahasa), Munsyi Dewan (Sastera), dan Munsyi Dewan (Jawi) telah diadakan pada 6 hingga 7 Disember 2016 di Dewan Seminar Dato’ Hassan Ahmad. Muzakarah tersebut diadakan bagi memberikan maklumat terkini mengenai perancangan bahasa Melayu selain membuka ruang kepada Munsyi Dewan untuk bertukar-tukar pendapat untuk meningkatkan kaedah pengajaran dan pembelajaan bahasa Melayu dengan lebih berkesan. Selain itu, muzakarah tersebut juga bertujuan untuk mempertemukan seluruh Munsyi Dewan yang terdiri daripada pelbagai individu yang berlainan disiplin ilmu.

     Datuk Haji Abdul Adzis Abas, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), dalam teks ucapannya menyatakan bahawa jati diri Malaysia hanya dapat dibina atas nama satu bahasa, satu bangsa, dan satu negara. Peranan DBP adalah untuk terus memartabatkan bahasa Melayu supaya bahasa kebangsaan ini duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bahasa utama lain di dunia. Hal ini boleh dicapai dengan usaha, kemahiran, citra dan keterampilan peribadi yang dimiliki oleh Munsyi Dewan.

     Datuk Zainal Abidin Borhan yang merupakan Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan membentangkan kertas dasar muzakarah bertajuk “Memartabatkan Bahasa Melayu” dalam Aspek Perlembagaan dan Patriotisme’. Antara pembentang lain yang turut membentangkan kertas kerja ialah Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim, Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong, Prof. Madya Datuk Paduka Dr. Mohd Rosli Saludin, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Hashim Yaakob, Prof. Madya Dr. Haji Abdul Rasid Jamian, dan Encik Ismail Dahaman.

Berita ini dipetik dari Pelita Bahasa dari keluaran Januari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *