Kata Ganda Separa Bahasa Melayu

      No Comments on Kata Ganda Separa Bahasa Melayu

Oleh Zaidi Ismail

     Kata ganda separa ialah salah satu daripada tiga jenis utama kata ganda. Dua lagi kata ganda ialah kata ganda penuh dan kata ganda berentak. Kata ganda separa terbentuk hasil daripada penggandaan sebahagian atau separa daripada kata dasar (kata dasar kepada kata ganda).

     Kata dasar bagi kata ganda ini boleh berupa kata tunggal, kata majmuk, ataupun frasa. Unsur yang digandakan itu pula boleh diletakkan di hadapan (sebelum) atau di belakang (selepas) kata dasar. Untuk kajian ini, penulis menggunakan data korpus bersumberkan akhbar, majalah, dan buku yang terdapat dalam Pangkalan Data Korpus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau dikenali dengan nama Korpus DBP.

      1. Penggandaan Separa Kata Tunggal

Penggandaan separa kata tunggal ialah penggandaan yang melibatkan sebahagian daripada kata tunggal yang menjadi dasar kepada kata ganda. Dalam penggandaan ini, unsur yang digandakan boleh berupa suku kata awal atau suku kata akhir kata dasar.

i. Penggandaan separa suku kata awal.
Dalam penggandaan separa yang melibatkan suku kata awal kata dasar, unsur yang digandakan diletakkan pada bahagian sebelum kata dasar. Vokal dalam bentuk gandaan ini mengalami proses pelemahan dan berubah menjadi vokal e pepet. Contoh data yang ditemukan dalam kajian ini ialah:

 

Kata Dasar

 

 Kata Ganda

(1) gelung gegelung
(2) daun dedaun
(3) jari jejari
(4) jambat jejambat
(5) parit peparit
(6) pagar pepagar

Contoh penggunaannya dalam ayat:
(1) * Memasang wayar ke dalam *** gegelung
*** getah dan kubah depan U10128
(2) daripada jaluran *** dedaun *** hijau
melambangkan kekuatan U07027
(3) bersukan, sentiasa lemah dan *** jejari***
menjadi kebiruan. UM0978
(4) hitam di bawah *** jejambat *** di
Kilometer 36.7 Lebuh Raya UM1278
(5) *** Terowong dan perkongsian *** peparit
*** yang dicadangkan ini U03027
(6) yang dibentuk daripada pokok *** pepagar
*** mencantikkan suasana U07027

Rencana ini dipetik dari Pelita Bahasa keluaran Januari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *