Masih Fikir

      No Comments on Masih Fikir

Masih Fikir

Aku masih memikirkannya

kuntum-kuntum wangi

bahasa Melayu

di perdu sauh budaya

menjalar mengakar jarak

di puncak tunas

di dahan kejayaan

bunga-bunga berguguran

bersama-sama jerebu

di bayu teknologi maju

dikelabui tuba maklumat

digagahi teknologi komunikasi

seantero dunia

nyah sempadan.

Di perdu sepi banir budaya

tunjang waja semangat wangi

masih menangis bahasa Melayu

memaksa aku

memikirkannya tanpa lelah.

Jais Sahok

IPGBI, Kuching

ماسيه فيكير
اكو ماسيه مميكيركنث
كونتوم واغي
بهاس ملايو
دفردو ساءوه بودايا
منجالر مغاكر جارق
دفونخق تونس
دداهن كجاياءن
بوغا برضوضورن
برسام-سام جربو
دبايو تيكنولوضي ماجو
دكلابوءي توبا معلومت
دضاضهي تيكنولوضي كومونيكاسي
سأنترو دنيا
ثه سمفادن.
دفردو سفي بانير بودايا
تونجغ واج سماغت واغي
ماسيه مناغيس بهاس ملايو
ممقسا اكو
مميكيركنث تنفا لله.
جاءيس ساهوق
ا.ف.ض.ب.ل.، كوخيغ

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *