Melihat ke dalam Diri Bahasa

      No Comments on Melihat ke dalam Diri Bahasa

Melihat ke dalam Diri Bahasa

Jika sesekali kau berkunjung

Ke pasar raya sambil melihat

Papan tanda atau melalui lebuh raya

Bahasa sekadar menyampaikan

Maksud tidak terikat kemas

Dengan struktur lenggok bahasa

Tampak kusut.

 

Di persada hiburan

Simpulan bahasa telah dijadikan

Jenaka bahan bukannya teladan insan

Bagi memurnikan perbuatan.

 

Bahasa terluka diketawakan

Menghakiskan nasihat ke tepian

Peringatan dan membiarkan bahasa

dipersendakan.

 

Melihat ke dalam diri bahasa

Marilah kita membersihkan kepincangan

Bersama kita memurnikan kembali

Segala pencemaran dari racun

yang membunuh sari budi

menanggalkan peradaban

di tepi pintu tradisi.

Ismail Hashim

Sikamat, Seremban

مليهت كدالم ديري بهاس

جك سسكالي كاو بركونجوغ
كفاسر راي سمبيل مليهت
فافن تندا اتاو ملالوءي لبوه راي
بهاس سقدر مثمفايكن
مقصود تيدق ترايكت كمس
دغن ستروكتور ليغضوق بهاس
تمفق كوسوت.
دفرسادا هيبورن
سيمفولن بهاس تله دجاديكن
جناك باهن بوكنث تلادن انسان
باضي ممورنيكن فربواتن.
بهاس ترلوك دكتاواكن
مغهاكيسكن نصيحت كتفين
فرايغتن دان ممبياركن بهاس
دفرسنداكن.
مليهت كدالم ديري بهاس
ماريله كيت ممبرسيهكن كفينخغن
برسام كيت ممورنيكن كمبالي
سضالا فنخمرن دري راخون
يغ ممبونوه ساري بودي
منغضلكن فرادبن
دتفي فينتو تراديسي.
اسماعيل هاشيم
سيكامت، سرمبن

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *