Magis Cinta Sungai

      No Comments on Magis Cinta Sungai

Oleh Lailah Elok

      Entah mengapa dan entah dari mana puncanya, dengan tidak semena-mena saja, irama yang beralun di udara oleh paluan alat muzik tradisional yang mengikut tempo itu, tiba tiba kedengaran tidak seperti selalu lagi. Merdu tetap merdu, cuma berbeza daripada biasa. Terasa seperti ada sesuatu yang tidak kena, namun dia tidak pasti apa dan mengapa. Padahal irama muzik itu sudah cukup menggamatkan lagi majlis perkahwinan yang sedang berlangsung meriah di Kampung Timbang Selasih hilir.

     “Apa yang tidak kena? Saleha mengerut kening, mencari sesuatu kelainan yang mungkin ada pada alat muzik tradisional yang dipalu itu. Aneh, fikirnya.

     Gabbang ibunya yang diperbuat dari kayu Poggil atau Litak dalam bahasa suku kaum Orang Sungai itu, kelihatan masih seperti biasa juga. Setiap batang kayunya yang siap diproses, iaitu dipotong dan bentuk seperti kulintangan besi, pasti akan menghasilkan bunyi mengikut saiznya, menghasilkan irama mengikuti susunan, seperti sebelumnya. Lagipun, semua orang tahu, bukan mudah untuk memainkan gabbang. Bukankah hanya mereka yang pakar seperti Saleha sendiri dan ibunya saja, yang memahami akan setiap nada dan iramanya?

     Jadi, apa yang tidak kena? Kenapa hatiku? Soal Saleha, bertubi-tubi.

      Saleha yang duduk bersimpuh dengan begitu tertib, di tepi ibunya terus memukul gong seiring irama gabbang ibunya. Nafas Saleha sesak seakan menanti sesuatu yang akan berlaku tapi dia tak tahu apa bendanya. Sesekali matanya memandang ke luar jendela. Pandangannya terhenti pada sungai Kinabatangan yang berhampiran dengan rumah pengantin tempat dia dan ibunya dijemput bermain gabbang dan gong.

Cerpen ini dipetik dari Pelita Bahasa keluaran Disember

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *