Maju Bahasa Majulah Bangsa

      No Comments on Maju Bahasa Majulah Bangsa

Rencana Khas

     Pada tahun ini, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), institusi yang berperanan penting melindungi dan mempertahankan salah satu tonggak jati diri bangsa, mencapai usia 60 tahun penubuhannya. Bahasa Melayu mempunyai hubungan sejarah yang panjang dengan kesultanan Melayu. DBP juga mempunyai hubungan sejarah dengan istana Raja Melayu. DBP ditubuhkan hasil daripada resolusi Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ketiga yang berlangsung di Singapura dan Johor Bahru pada bulan September 1056. Resolusi kongres diserahkan kepada Menteri Pelajaran, yang mewakili kerajaan, di Istana Besar, Johor Bahru. Acara perasmian bangunan DBP, yang berlangsung di Singapura dan Johor Bahru pada bulan September 1956. Resolusi kongres diserahkan kepada Menteri Pelajaran, yang mewakili kerajaan, di Istana Besar, Johor Bahru. Acara perasmian bangunan DBP, yang berlangsung pada 31 Januari 1962 (25 Syaaban 1381), merupakan peristiwa pertama selepas merdeka yang menyaksikan kehadiran kesemua sembilan orang Raja Melayu dalam satu majlis. Oleh itu, seseorang raja pemerintah mempunyai tanggungjawab kepada bangsanya dan kepada institusi yang bertanggungjawab memenuhi satu daripada tujuh wasiat Raja Melayu, di samping mengekalkan tradisi dan peranan istana dengan perkembangan bahasa Melayu.

      Pada hari ini, menurut James R. Hurford dalam The Origins of Language: A Slim Guide, dianggarkan terdapat 7000 bahasa yang masih dituturkan di seluruh dunia. Sepuluh daripada bahasa tersebut dituturkan oleh lebih daripada 3.6 bilion orang penduduk dunia. Bahasa Melayu, bahasa perantaraan umum yang berakar di bumi ini, tergolong dalam kumpulan 10 bahasa tersebut, dituturkan lebih daripada 300 juta orang manusia. Bahasa Melayu didaulatkan dan berdaulat semenjak 2000 tahun yang lalu apabila wujudnya pelbagai kerajaan Melayu yang awal, seperti Funan, Champa atau Kembayat Negara, sehingga zaman kerajaan dan kesultanan Melayu Pasai, Perlak, Inderagiri, Melaka, Johor serta Johor-Riau, Patani, Brunei dan Aceh. Menurut Zainal Abidin Borhan dalam “Kedaulatan Bahasa Melayu” dalam Kami Bantah DLP, kedaulatan bahasa Melayu berasal usul dan didaulatkan oleh raja dan rakyat Melayu di alam Melayu.

Rencana khas ini dipetik dari Pelita Bahasa keluaran Disember

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *