Penetapan dan Pemenggalan Waktu dalam Bahasa Melayu

      No Comments on Penetapan dan Pemenggalan Waktu dalam Bahasa Melayu

Oleh Ridzuan Kamis

     Pengguna bahasa Melayu sering kali terkeliru dalam penentuan atau penetapan waktu yang betul dan tepat. Pada dasarnya, sistem 12 jam digunakan dalam konteks penggunaan bahasa. Namun begitu, sistem 24 jam tetap relevan dan diterima pakai dalam penetapan waktu secara global.

     Kita sering mendengar kekeliruan atau ketidaktepatan pemenggalan waktu baik dalam kehidupan seharian ataupun pemaparan dalam media massa seperti televisyen, akhbar dan majalah tempatan. Malah, kesalahan tersebut seolah-olah sudah terbiasa sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat. Kanak-kanak lebih terkesan dan terpengaruh apabila stesen televisyen khususnya siaran melalui saluran kanak-kanak sering memaparkan kesalahan dalam aspek pemenggalan waktu tengah hari, petang dan malam Misalnya 1:00 tengah hari dipaparkan 1:00 petang 7:00 malam dipaparkan 7:00 petang.

    Penetapan waktu ini sebenarnya telah diputuskan oleh Jawatankuasa Istilah Semasa di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan mengambil kira pelbagai aspek contohnya persekitaran, masyarakat setempat, kebudayaan, zon waktu, kemantapan istilah dan kelaziman penggunaan. Sehingga kini, tidak ada sebab kukuh untuk meminda atau mengubah penetapan yang telah dibuat secara sewenangwenangnya. Pemenggalan waktu ini telah dianggap mantap dan standard. Situasi ini amat berbeza dengan penetapan waktu dalam bahasa Inggeris kerana tidak ada pemenggalan waktu yang terperinci.

    Jadual 1 Penetapan masa dalam bahasa Melayu mengikut sistem 12 jam.

MASA

PENETAPAN WAKTU

1:00 hingga 11:59 pagi
12:00 hingga 1:59 tengah hari
2:00 hingga 6:59 petang
7:00 hingga 11:59 malam
12:00 hingga 12:59 tengah malam

     Jadual 2 Penetapan masa mengikut sistem 12 jam.

MASA

PENETAPAN WAKTU

1:00 hingga 11:59 pagi
12:00 hingga 13:59 tengah hari
14:00 hingga 18:59 petang
19:00 hingga 23:59 malam
00:00 hingga 00:59 tengah malam

Rencana ini dipetik dari Pelita Bahasa keluaran Disember

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *