Puisi Buat Mama

      No Comments on Puisi Buat Mama

Oleh Nordin Saad

    Berbasikal menyusuri Sungai Brisbane sejauh kira-kira 1.5 kilometer dari apartmen yang terletak di Jalan Durham sudah menjadi kebiasaan kepada Saya dan Loqman. Setiap hari, Saya dan Loqman menunggang basikal untuk menghadiri kuliah atau ke perpustakaan di kampus St Lucia, Universiti Queensland melalui jalan tersebut. Namun petang itu, ketika dalam perjalanan pulang seorang diri ke apartmen, bagaikan ada daya tarikan yang kuat membuatkan Saya berhenti di bawah salah satu pohon ‘jacaranda’ yang berderetan di sepanjang jalan dan sedang galak berbunga ungu itu. Saya membaringkan basikal yang tidak bertongkat itu dan duduk di sisinya. Saya membiarkan tubuh ditimpa lembut bunga-bunga ‘jacaranda’ yang berguguran dibuai angin petang. Sepanjang jalan itu, kelihatan pokok-pokok ‘jacaranda’ sudah ditenggelami ranting dan cabangnya dalam kuntum-kuntum bunga segar itu. Pada musim bunga begitu, kebiasaannya sekitar bulan Oktober hingga Disember, asfalt di sepanjang jalan ditimbuni oleh bunga ‘jacaranda’ yang berguguran menimpa bumi.

ii

      “ Ini pokok ‘jacaranda’. Pokok kesayangan mama.” Wajah mama menjelma secara tiba-tiba.
“Jacaranda?” Saya menyoal kehairanan apabila mama menyebut nama tumbuhan yang agak asing bagi saya.
Mama hanya mengangguk. Tangannya membelai lembut daun pokok ‘jacaranda’ yang ditanamnya di dalam pasu besar itu. .
“Pokok ini, dikatakan berasal dari Brazil, Peru dan Kepulauan Caribbean. Tapi, benihnya telah dibawa ke beberapa tempat lain di dunia yang sesuai dengan habitatnya. Di negarakita, pokok ini agak sukar diperoleh.”

Cerpen ini dipetik dari Pelita Bahasa keluaran November

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *