Itik dalam Peribahasa Melayu

      No Comments on Itik dalam Peribahasa Melayu

Oleh Ridzuan Kamis

    Itik menurut Kamus Dewan ialah sejenis haiwan berkaki dua yang lebih kecil daripada angsa. Itik dikenali juga sebagai bebek. Terdapat beberapa jenis itik antaranya termasuklah itik nila, itik manila, itik air, itik laut dan itik surati. Pemeliharaan itik di kampung pada zaman dahulu dianggap perkara biasa memandangkan itik juga dijadikan sumber makanan selain telurnya yang dijadikan telur masin. Kebiasaannya itik dibela oleh penduduk kampung secara kecil-kecilan dengan melepaskannya berkeliaran di sekitar rumah atau dipagarkan di kawasan sawah. Dari segi zat daging itik membekalkan sumber protein dan zat besi selain amat tinggi dengan vitamin B. Daging itik dipercayai dapat membantu penghadaman makanan meskipun dikatakan isi mentahnya mengeluarkan bau yang agak hamis.

    Oleh sebab itik merupakan haiwan yang dekat dalam kehidupan orang Melayu khususnya pada zaman dahulu kala, maka tidak hairanlah terdapat beberapa peribahasa Melayu diwariskan oleh nenek moyang kita sebagai khazanah ilmu yang tinggi nilainya. Itik dijadikan subjek utama untuk mengungkapkan persoalan dan perbandingan alam secara ironi.

    Berikut disenaraikan beberapa peribahasa yang berkaitan dengan itik:

Bilangan Peribahasa dan Takrifan Ayat Contoh
1

 

Bagai itik pulang petang.

Takrifan

Berjalan sangat lambat.

 

Ahmad Rozlan pulang lewat ke rumah kerana

singgah ke merata tempat bagai itik pulang

petang sehingga dimarahi oleh ibunya.

2

 

Itik bertaji.

Takrifan

Orang yang sangat penakut

tetapi sombong.

Zila Natasha gemar bercakap besar dan

meninggi diri dalam semua perkara walhal

dirinya tidak ubah seperti itik bertaji.

3

 

Tak ada itik yang bertengger.

Takrifan

Perkara yang mustahil.

 

Kakak Ainan tidak mempercayai cerita

adiknya Tasneem yang mengatakan

bahawa dia memenangi wang RM1 juta

ibarat tak ada itik yang bertengger

4

 

Bagai itik berebutkan tembolok,

Takrifan

Perbantahan kerana sebab yang

terlalu kecil.

 

Thaqif tidak bersetuju dengan pendapat

Ilman bagai itik berebutkan tembolok

sedangkan tidak ada sebab musabab untuk

mereka bertikam lidah.

5

 

Itik berenang di laut mati kehausan.

Takrifan

Menderita kesusahan meskipun

banyak wang atau pangkat.

 

Kekayaan Datuk Ng Ai Ling sudah diketahui

masyarakat setempat tetapi kehidupannya

bagai dirundung malang kerana semua

harta beliau dibekukan oleh pihak berkuasa

ibarat itik berenang di laut mati kehausan.

Rencana ini dipetik dari Pelita Bahasa keluaran November

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *