Kepelbagaian Peristiwa dalam Novel

      No Comments on Kepelbagaian Peristiwa dalam Novel

Oleh Samat Buang

    Pengajaran dan pembelajaran novel dalam mata pelajaran Bahasa Melayu menerusi Komsas tidak terlepas daripada membincangkan peristiwa-peristiwa yang terdapat dalam sesebuah novel. Memang tidak dapat dinafikan bahawa dalam sesebuah novel mengandungi banyak peristiwa yang dipaparkan oleh pengarang berdasarkan tema dan persoalan yang disuguhkan kepada pembaca melalui watak utama dan watak-watak sampingan yang terdapat dalam novel tersebut. Secara ringkas, peristiwa bermaksud sesuatu hal atau kejadian yang berlaku pada semua watak yang dapat menarik perhatian pembaca untuk meneruskan pembacaan mereka sehingga akhir cerita. Para pelajar yang mempelajari sesebuah novel dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat tingkatan 4 dan 5, pastinya akan terdedah dengan pelbagai peristiwa yang dikemukakan dalam novel yang dibaca.

     Kepelbagaian peristiwa dalam sesebuah novel secara tidak langsung membezakan antara sesebuah novel yang dikaji berdasarkan pengalaman pengarang novel tersebut. Ada yang mengemukakan peristiwa sedih, peristiwa suka, peristiwa yang menyayat hati, peristiwa yang menarik, peristiwa yang menimbulkan kesedaran, peristiwa yang menimbulkan kemarahan kepada pembaca, peristiwa yang mengerikan, dan pelbagai lagi peristiwa yang dihidangkan oleh pengarang dalam novel mereka. Semua itu bertujuan untuk menarik perhatian dan minat pembaca, di samping peristiwa-peristiwa tersebut mampu menjadi teladan kepada para pembacanya. Hal inilah yang sering dikemukakan dalam soalan peperiksaan khususnya berkaitan dengan soalan novel yang diuji dalam soalan 4 kertas Bahasa Melayu 2 peringkat Sijil Pelajaran Malaysia November (SPMN) dan juga peringkat Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU).

     Fokus perbincangan dalam makalah bulan ini tertumpu pada bentuk soalan yang berkaitan dengan kepelbagaian peristiwa yang terdapat dalam sesebuah novel. Hal ini dikatakan demikian kerana soalan berkaitan dengan kepelbagaian peristiwa sering mendapat perhatian dalam soalan peperiksaan SPM dan para pelajar sering keliru, serta tidak dapat mengemukakan huraian yang tepat tentang peristiwa yang diuji. Sebelum perbincangan dilanjutkan dengan contoh dan huraian yang berkaitan, terlebih dahulu perhatian dengan teliti bentuk soalan yang pernah diuji dalam peperiksaan SPMN dan SPMU. Antara bentuk soalan yang sering diajukan berkaitan dengan pelbagai peristiwa dalam soalan peperiksaan SPMN dan SPMU seperti yang terdapat dalam Jadual A yang berikut:

Jadual 1 Analisis bentuk soalan yang berkaitan dengan kepelbagaian peristiwa (2005 – 2016).

Tahun Bentuk Soalan
SPMU 2005 4 (b) Pengarang banyak memberikan teladan kepada pembaca melalui peristiwa-peristiwa yang dipaparkan dalam novelnya.

Jelaskan tiga peristiwa yang dapat anda teladani berdasarkan novel yang anda pelajari. [8 markah]

SPMN 2005 4 (a) Terdapat pelbagai peristiwa yang dipaparkan dalam sesebuah novel. Huraikan dua peristiwa paling menarik dalam satu novel yang telah anda pelajari. Mengapakah anda berpendapat demikian? [7 markah]
SPMN 2007 4 (a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang dapat dikaitkan dengan persoalan maruah. [7 markah]
SPMU 2009

 

4 (a) Sesebuah novel dapat menimbulkan pelbagai kesan terhadap perasaan pembaca.

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang meninggalkan kesan terhadap perasaan anda. [7 markah]

 

SPMU 2010 4 (a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang menunjukkan kepincangan yang berlaku dalam masyarakat. [7 markah]
SPMN 2010 4 (b) Berdasarkan dua buah novel yang pelajari, huraikan satu peristiwa yang memaparkan nilai keberanian dalam setiap novel. [8 markah]
SPMN 2013 4 (b) Pengarang mewujudkan peristiwa-peristiwa yang dapat dijadikan teladan oleh pembaca.

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan tiga peristiwa yang dapat dijadikan teladan. [8 markah]

SPMU 2016 4 (a) Dalam setiap novel terdapat peristiwa yang menyentuh perasaan pembaca.

Berdasarkan dua peristiwa dalam sebuah novel yang anda telah pelajari, jelaskan sebab peristiwa-peristiwa itu menyentuh perasaan anda. [7 markah]

 

Rencana ini dipetik dari Pelita Bahasa Keluaran November

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *