Pulangkan Senyuman Itu

      No Comments on Pulangkan Senyuman Itu

Oleh Fathhul Khair Mohd Dahlan

“Amar, Anas, Zaim dan Daus. Mohon berkumpul di bilik seminar perpustakaan pada pukul 10.00 pagi nanti. Jika tidak hadir, nama anda akan disingkirkan,” kiriman pesanan itu disebarluaskan. Arahan serta-merta yang diterima sebentar tadi memerlukan tindakan segera. Kiriman pesanan tadi telah diterima, dilihat dan dibaca oleh empat sahabat itu.

     Fakhai sudah berada di bilik seminar perpustakaan. Awal-awal pagi lagi bilik itu sudah ditempah supaya dibekukan penggunaannya. Janji temu seperti yang dirancang berjaya ditepati empat sahabat. Ketibaan mereka disusuli senyuman yang terukir.

     “Kalian tentu tahu agenda aku ajak berkumpul, bukan?” Fakhai mengajukan pertanyaan kepada empat sahabat yang kini sudah berada di hadapannya.

     “Masakan tidak. Kalau kau panggil kami, tentu sahaja ada perkara penting yang hendak disampaikan. Lagi-lagi sudah Oktober ini,” Anas membalas. Ammar dan Zaim ternyata tidak sabar- sabar mahu mendengar. Daus sekadar tersenyum dan tenang-tenang sahaja.

Cerpen ini dipetik dari Pelita Bahasa keluaran Oktober

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *