Persepsi Rezeki dalam Peribahasa Melayu

      No Comments on Persepsi Rezeki dalam Peribahasa Melayu

Oleh Jasman Bandar

     Masyarakat Melayu sememangnya terkenal dengan budaya dan alam pemikirannya. Daripada budaya dan alam pemikiran itu, maka lahirlah persepsi. Kehadiran persepsi mengukuhkan lagi keyakinan mereka terhadap apa-apa yang mereka amalkan dalam kehidupan seharian.

Dalam perbincangan ini, penulis membawa pembaca untuk merenungi, menghayati dan memikirkan secara lebih mendalam berkenaan persepsi tentang rezeki yang wujud dalam peribahasa Melayu. Perkara yang ada dalam peribahasa Melayu merupakan gambaran kehidupan masyarakat Melayu suatu ketika dahulu hingga kini. Maka, peribahasa ini mampu menjadi landasan, panduan, pendidikan dan amalan generasi yang seterusnya untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik.

Analisis Persepsi Rezeki

Persepsi tentang rezeki dalam peribahasa Melayu sebenarnya membantu kita untuk meneliti kearifan tempatan yang begitu terserlah dalam masyarakat Melayu. Persepsi tentang rezeki sebenarnya datang melalui pelbagai tanggapan, fikiran, emosi dan ilmu yang bermanfaat kepada
kehidupan manusia.

Tuah dalam Mendapatkan Rezeki

Dalam masyarakat Melayu, mereka percaya bahawa adanya tuah yang memberikan nasib dan keuntungan kepada manusia, namun tuah yang datang itu tidak datang sebegitu sahaja. Mereka perlu berusaha gigih untuk merangsang tuah supaya datang kepada mereka. Atas alasan ini, orang tua masyarakat Melayu dahulu menggalakkan anak muda agar terus berusaha tanpa henti walaupun mereka telah mendapat apa-apa yang diingini.

Ulat dalam batu pun ada rezekinya.
Tuah ayam dilihat pada tajinya, tuah manusia tidak
dapat dilihat

     Berdasarkan kepada petikan peribahasa di atas menjelaskan unsur tuah dalam peribahasa Melayu. Dalam petikan peribahasa di atas metafora haiwan digunakan iaitu ulat dalam batu pun ada rezekinya. Ini membawa maksud di mana-mana pun kita berada pasti ada rezeki yang boleh kita peroleh. Manakala dalam petikan tuah ayam dapat dilihat pada tajinya, tuah manusia tidak dapat dilihat. Peribahasa tersebut membawa konotasi bahawa rezeki manusia merupakan sesuatu yang sukar untuk ditafsirkan dan bergantung pada nasib seseorang.

Berusaha Bersungguh-sungguh dalam Mendapatkan Rezeki

Usaha adalah sesuatu yang penting untuk mendapatkan rezeki. Tanpa usaha, sehebat mana pun seseorang, tidak mungkin dia mampu mendapatkan apa-apa yang diinginkan. Maka dengan itu, usaha perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan rezeki. Oleh itu, lahirlah peribahasa yang mengandungi persepsi tentang rezeki seperti yang terdapat di bawah ini.

Rencana ini dipetik dari Pelita Bahasa keluaran Oktober

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *