Bentuk Soalan Kesalahan Istilah dan Bahasa

      No Comments on Bentuk Soalan Kesalahan Istilah dan Bahasa

Oleh Samat Buang

     Dalam keluaran yang lalu, aspek pengetahuan dan kemahiran bahasa yang dibincangkan tertumpu pada aspek mengenal pasti kesalahan ejaan dan penggunaan imbuhan yang diuji dalam soalan 3 (c). Sebagai kesinambungan, fokus perbincangan kali ini pula tertumpu pada aspek pengetahuan dan kemahiran bahasa khususnya untuk mengenal pasti kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan tatabahasa dalam ayat yang diuji dalam soalan 3 (d) kertas Bahasa Melayu 2 peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Walaupun sebanyak 6 markah yang diperuntukkan untuk soalan ini, tetapi masih banyak lagi calon yang tidak dapat menjawabnya dengan tepat. Hal ini dikatakan demikian kerana penguasaan hukum tatabahasa bahasa Melayu mereka agak lemah.

    Secara ringkas, kesalahan kata atau istilah yang diuji lazimnya melibatkan kesalahan penggunaan kata, iaitu penggunaan perkataan yang tidak sesuai dengan kehendak ayat atau situasi, manakala kesalahan tatabahasa pula melibatkan semua bentuk kesalahan dalam pembinaan ayat yang gramatis. Bagi memudahkan pemahaman dan perbincangan lanjut, terlebih dahulu perhatikan dengan teliti analisis bentuk soalan yang berkaitan dengan aspek kemahiran dan pengetahuan bahasa khususnya tentang kesalahan kata atau istilah dan kesalahan bahasa dalam soalan 3 (d) kertas Bahasa Melayu 2 SPM bulan November (SPMN) dan SPM Ulangan (SPMU) sepanjang tempoh 2004 – 2015 seperti yang berikut:

Tahun Kesalahan Kata /istilah Kesalahan bahasa
Salah Betul Salah Betul
SPMU

2004

Wakil besar Duta atas di atas
sijil watikah letrik elektrik
pengajian penyelidikan antara perkara-perkara antara perkara
(bahan) makanan mentah pada dalam
SPMN

2004

pusat tapak di atas atas
baki kesan menggegarkan menggemparkan
pemidato penceramah Semua peserta-peserta Semua peserta
SPMU

2005

pemulihara pencinta dari daripada
telefon tangan telefon bimbit bersama bersama-sama
Yang Berusaha Berhormat aluan aluan-aluan

 

Rencana ini dipetik dari Pelita Bahasa Keluaran Oktober

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *