Simpulan Bahasa dalam Cerpen Kuih Bakul Limau Mandarin

Oleh Chai Loon Guan

     Ketika membaca dan menelusuri cerpen “Kuih Bakul Limau Mandarin” nukilan pena Mohd Helmi Ahmad, penulis terkesan akan kehadiran sejumlah simpulan bahasa, yakni bentuk-bentuk bahasa kiasan Melayu.

    Menurut Kamus Peribahasa Lengkap Utusan (1993) simpulan bahasa ialah ungkapan yang biasanya terdiri daripada dua atau tiga perkataan dan mempunyai makna yang berlainan sama sekali daripada makna asal perkataan-perkataan tersebut. Sila lihat rajah bahasa kiasan dan contoh simpulan bahasa seperti yang tertera dibawah:

    Jadual 1 Contoh Simpulan Bahasa

Bil. Simpulan Bahasa Maksud
01. Hari jadi Ulang tahun tarikh lahir
02. Langkah kanan Nasib baik
03. Makan masa Memerlukan banyak waktu
04. Orang asing Warganegara negara lain
05. Buka mulut Bercakap
06. Isteri muda Isteri kedua
07. Jalan tengah Mengambil kira semua perkara, bersikap tolak ansur, tidak menyebelahi mana-mana pihak
08. Lampu hijau Izin untuk melakukan sesuatu
09. Meriam buluh Mengaku pandai melakukan sesuatu perkara tetapi dusta belaka
10. Makan gaji Mencari nafkah secara bekerja dengan majikan

      Simpulan bahasa boleh menjadi perumpamaan apabila diberikan perkataan laksana, bak, umpama, macam, bagai, seolah-olah, ibarat dan seperti dihadapannya. Sebagai contoh:

a. Dia lintah darat. (simpulan bahasa)

b. Dia ibarat lintah darat. (perumpamaan)

     Simpulan bahasa juga boleh menjadi bidalan apabila didahului oleh perkataan jangan. Sebagai contoh:

c. Bercermin di air keruh. (simpulan bahasa)

d. Jangan bercermin di air keruh. (bidalan)

Rencana ini dipetik dari Pelita Bahasa keluaran September

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *