Penender dan Petender

      No Comments on Penender dan Petender

Oleh Zaidi Ismail

     Siapakah penender? Pihak yang mengeluarkan tender atau pihak yang mengambil tender? Siapa pula petender? Soalan ini seiring ditanyakan oleh pengguna bahasa yang masih kurang jelas tentang maksud sebenar istilah tersebut.

     Lanjutan daripada kekeliruan tersebut, penulis telah membuat sedikit tinjauan terhadap penggunaan istilah tersebut dalam ruangan iklan (khususnya iklan tender) dalam akhbar Berita Harian. Hasilnya, penulis menemukan penggunaan istilah penender dalam ayat-ayat seperti yang di bawah:

  1. Penender yang berminat adalah diwajibkan menyertai lawatan tapak bina pada hari Isnin, pukul 9.30 pagi.
  2. Penender dari Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) yang berdaftar di bawah Kontraktor Bumiputera Kelas D, Head 1, Subhead 1 dan juga berdaftar di …
  3. Para penender yang menarik balik permohonan sebelum tender ini dipertimbangkan atau sesiapa yang enggan menerima tawaran akan digantung dari …
  4. Penender hendaklah mempunyai pengalaman sebagaimana yang berikut…
  5. Penender hendaklah mengemukakan tender mereka berserta ‘earnest money’ berjumlah sebagaimana yang dinyatakan di atas.
  6. Penender yang berminat memasuki tawaran bolehlah membuat bayaran dengan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf sebagaimana yang dinyatakan di para 1 sebagai bayaran dokumen tender …
  7. Penender hendaklah memastikan Dokumen Tender diisi dengan lengkap dan sempurna
  8. Penender yang ingin memasuki tawaran di atas dikehendaki membayar harga dokumen (tidak dikembalikan) seperti yang tercatat di atas Kaunter Bayaran, Jabatan Bendahari, Universiti Utara Malaysia …
  9. Dokumen tender akan hanya dikeluarkan kepada wakil penender yang sah sahaja dan setelah sijil ASAL pendaftaran dengan Pusat Khidmat Kontraktor dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) …
  10. Dokumen tender akan dikeluarkan kepada wakil-wakil penender yang sah sahaja.

    Berdasarkan ayat (1) hingga (10), penulis mendapati makna kata penender yang digunakan dalam ayat-ayat tersebut ialah pihak (syarikat atau kontraktor) yang ingin mengambil atau mengemukakan tender.

    Kata petender pula telah digunakan dalam ayat-ayat seperti yang berikut:

11. Petender dikehendaki menunjukkan sijil asal Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan yang masih berkuat kuasa dan menyerahkan satu …

12. Tender adalah juga terbuka kepada petender-petender yang berminat daripada negara-negara Bank Dunia dan Taiwan, China.

13. Tender adalah terbuka kepada petender-petender yang berminat daripada negara-negara anggota Bank Pembangunan Asia.

Rencana ini dipetik dari Pelita Bahasa keluaran Ogos

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *