Teka Silang Kata Pembelajaran Kendiri Belajar Bahasa

Oleh Hasan Baseri Budiman

     Seorang rakan yang datang berhari raya ke rumah saya baru-baru ini, kelihatan agak kehairanan ketika membaja majalah Pelita Bahasa yang saya letakkan di meja kecil bersebelahan tempat duduknya. Dahinya tampak berkerut ketika sampai ke halaman 50 ruangan “Bijak Bahasa”.

     “Cikgu masih bermain teka silang kata?”

     Saya cuma mengangguk sambil tersentum. Sayangnya dia sorang peguam, dan bukannya mantan guru bahasa seperti saya. Tentu dia tidak akan mengerti kenapa sehingga seperti saya. Tentu dia tidak akan mengerti kenapa sehingga selepas bersara ini pun saya masih suka untuk menguji pengetahuan kosa kata saya melalui teka silang kata ini.

     Saya tidak tahu, berapa orang sangatkah antaara kita yang mengerti besarnya faedah permainan teka silang kata ini sebagai salah satu permainan yang boleh mengasah minda kita? Secara pemerhatian luaran, permainan ini memanglah suatu kerja yang nampaknya agak mudah, yang sesetengah orang merasakan tidak memerlukan kekuatan daya fikir, hanya meminta pemainnya untuk mengisi petak-petak kosong dengan jawapan yang tepat. Itulah barangkali yang dimaksudkan rakan saya sebagai mudah.

     Memang betul nampak mudah, tetapi untuk mencari jawapan kepada soalan yang ditanya dan disuaimasukkan ke dalam petak-petak dua warna biasanya berwarna hitam dan putih itulah yang susahnya. Petak-petak ini akan terbentuk dalam satu deretan yang menjadi tempat suatu kata, yang merupakan jawapan dari soalan itu diisi. Setiap deretan itu pula dapat berhubung dengan deretan petak yang lain baik secara mendatar mahupun secara menurun. Namun begitu, harus disedari, setiap deretan petak yang berhubung dengan deretan petak lain itu pula mesti memiliki persamaan isi karakter pada tempat terhubungnya petak-petak tersebut. Saat inilah setiap pemain harus menjadi orang yang kuat berfikir walaupun dalam permainan teka silang kata ini kaedah Algoritma Backtracking boleh diharapkan untuk membatu memberikan jawapan pada kata yang akan dipadankan dengannya, dan mampukah kata-kata itu membina kesinambungan antara satu dengan lain, yang kadang-kala walaupun terjadi kesilapan, kelihatan masih bersambung biarpun kata-kata yang dimasukkan itu salah.

Rencana ini dipetik dari Pelita Bahasa keluaran September

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *