Pengajaran Band 6 Melahirkan Suri Teladan

      No Comments on Pengajaran Band 6 Melahirkan Suri Teladan

Oleh Md Ishak A. Rahman

     Tahap pembelajaran band 6 lebih kepada pembelajaran kendiri dan berpusatkan pelajar. Pelajar telah menunjukkan kematangan dalam berbahasa dan menjadi contoh atau suri teladan kepada pelajar yang lain. Pelajar bukan sahaja menguasai kemahiran berbahasa yang cemerlang, malah menunjukkan kesantunan dalam pertuturan, tingkah laku dan pemikiran.

     Sebelum kita melihat pembelajaran dan hasil pembelajaran, kita teliti dahulu kemahiran yang wajar dikuadai oleh kumpulan pelajar pada tahap band 6 ini seperti dalam jadual berikut:

Jadual 1 Perkembangan pembelajaran ban 6 Tingkatan 1,2 dan 3

Kemahiran Membaca T1. Membuat pertimbangan tentang pendapat yang dikemukakan dalam

perbincangan dengan menyampaikan hujah secara kritis dengan sebutan, intonasi dan gaya yang sesuai dengan beradab untuk mempengaruhi pihak lain.

T2. Mempertimbangkan dan menilai pelbagai pendapat yang dikemukakan secara rasional untuk menyelesaikan masalah.

T3. Menilai kekuatan dan kelemahan idea yang dikemukakan dengan alasan yang kukuh berserta ungkapan dan gaya pengucapan (sebutan kefasihan, intonasi dan nada) yang tepat dan dapat meyakinkan pihak lain.

Kemahiran Lisan T1. Membaca, membuat ramalan dengan memberikan alasan yang munasabah dan menilai secara keseluruhan sesuatu maklumat daripada pelbagai bahan dengan baik.

T2. Membaca, merumuskan dan menilai maklumat dengan memberikan alasan yang relevan.

T3. Membaca dan menilai aspek kekuatan dan kelemahan dua bahan bukan kreatif (idea, bahasa dan pengolahan) dan dua bahan kreatif (aspek kajian sastera) dengan mengemukakan alasan yang relevan.

Kemahiran Menulis T1. Menghasilkan penulisan kreatif (puisi) dan bukan kreatif (prosa) yang dapat dijadikan contoh. Menyunting dan memurnikan kesalahan bahasa sesebuah karya yang telah dihasilkan sehingga dapat dijadikan contoh.

T2. Menyunting kesalahan kata dan ayat serta memurnikan sesebuah karya yang telah dihasilkan sehingga dapat dijadikan contoh.

T3. Memurnikan penulisan bukan kreatif (aspek idea dan tatabahasa) dan penulisan kreatif (aspek ciri-ciri dan gaya bahasa) sehingga dapat dijadikan contoh.

     Berdasarkan jadual perkembangan di atas, pelajar kelompok ini telah menguasai kemahiran berbahasa yang menyeluruh daripada aspek lisan dan mendengar, membaca dan menulis, serta menjadi contoh kepada rakan sekelas dan rakan sekolah. Pelajar ini boleh menjadi mentor, menajdi rujukan dan memberi pandangan dalam menyiapkan kerja dan tugasan di sekolah.

     Pentaksiran dilakukan dengan melihat keupayaan dalam pengucapan awam seperti, forum, perbahasan, dan sebagainya. Dalam pidato, pelajar ini boleh menjawab soalan tugasan secara spontan. Pelajar diberi masa 10 atau 20 minit untuk membuat persediaan dan rangka ucapan sebelum membuat persembahan pidato. Mereka hanya menggunakan rangka pidato dalam bentuk nota dan tidak membaca teks pidato yang disediakan secara bertulis.

     Dalam aktiviti forum, pelajar ini mampu menjawab soalan spontan daripada audiens atau hakim dalam pertandingan forum. Dalam aktiviti perbahasan ala parlimen pula, pelajar tahap ini mapu dan boleh menjawab soalan dalam slot “izin laluan”. Pelajar dapat menjawab soalan dan menyambung ucapan tanpa hilang punca wacananya. Format tersebut digunakan dalam pertandingan pada peringkat kebangsaan.

     Sementara itu, dalam latihan mengacarakan majlis, pelajar ini dapat mengubah suai jika ada pindaan dalam atur cara majlis atau memberikan ulasan kepada ucapan tokoh, serta ,enarik perhatian hadirin dengan bahasa indah serta berunsur kecintaan. Tegasnya, pelajar mampu dalam aktiviti rasmi atau majlis formal.

Rencana ini dipetik dari Pelita Bahasa keluaran September

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *