Mempopularkan Bahasa dalam Temasya Sukan Duinia

      No Comments on Mempopularkan Bahasa dalam Temasya Sukan Duinia

 

    Semasa menyaksikan siaran langsung perasmian pembukaan kejohanan sukan utama dunia, Sukan Olimpik pada 6 Ogos yang lalu, penulis terpanggil untuk menyatakan beberapa perkara tentang penganjurannya. Sukan yang diiktiraf sebagai sukan terbesar itu memasuki edisinya yang ke-13 dan berlangsung buat julung kalinya di Benua Amerika Latin, iaitu Brazil.

    Yang menjadikan temasya ini cukup bermakna bagi rakyat dan masyarakatnya ialah bahasa utama yang digunakan semasa berlangsungnya temasya ini ialah bahasa Brazil. Bayangkan, hampir kesemua di dunia memberi tumpuan dan perhatian terhadap negara ini dan bahasa ibunda mereka diangkat sebagai wahana utama dalam penyampaian di media arus perdana.

    Perkara ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada bahasa ibundanya kerana rata-rata atlet dan pegawai yang berkampung selama dua minggu di Rio de Janeiro akan cuba memahami dan bertutur dalam berbahasa Brazil. Penulis ingin mengajak pembaca untuk berfikir bagaimana pula pada tahun hadapan bersempena Sukan Sea yang berlangsung di Kuala Lumpur, adakah bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa rasmi penganjurannya?

    Tidakkah hal ini berupaya meningkatkan pengiktirafan khususnya kerajaan dan Asean amnya dalam menggunakan bahasa Melayu yang pada suatu ketika dahulu juga dijadikan bahasa penutur di negara tersebut? Usaha ini sebenarnya mampu dilaksanakan, namun perlu menggiatkan usaha dengan lebih menyeluruh.

    Kesempatan penganjuran sesuatu temasya yang besar tidak seharusnya dipandang dari sudut ekonomi semata-mata, malah seharusnya turut menggunakan peluang untuk menyebarluaskan budaya dan bahasa tempatan.

Aminah

Ayer Keroh, Melaka

Komentar ini dipetik dari Pelita Bahasa keluaran September

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *