Kami Umpama Ayam dengan Itik

      No Comments on Kami Umpama Ayam dengan Itik

Oleh Zahidah Zahid

     Sudah dua kali saya bernikah. Pernikahan pertama, saya berjodoh dengan seorang lelaki berasal dari Negeri Sembilan. Pernikahan kedua, saya bertemu jodoh dengan orang Pulau Pinang. Saya sudah tidak mahu kenang akan hal duka-lara dalam perkahwinan saya itu, kerana saya sudah biasa dengan kesusahan sebelum mengecap kesenangan – Ibarat “habis miang kerana bergeser”, sesuatu kesusahan akan hilang, apabila sudah menjadi kebiasaan.

    Jadi, perpisaham dengan suami-suami daya itu saya terima secara secara positif. Saya simpulkan, Allah tidak panjangkan jodoh kami kerana kami tidak serasi bersama, dan saya hanya mahu kenangkan hal-hal yang menarik dan manis sahaja, “yang hampa biar terbang, yang bernas biar tinggal”. Demikianlah kata peribahasa Melayu, yang tidak berguna biarlang hilang, yang baik-baik biarlah tinggal.

    Saya orang Johor, loghat bahasa orang Johor tidak banyak bezanya dengan bahasa persuratan. Apabila saya bernikah dengan orang Negeri Sembilan, banyak yang saya kena belajar tentang loghat mereka, yang memang saya tidak beberapa faham. Tetapi, hal itu bukan menjadi masalah bagi saya, kenalah, “pandai menyelam air dangkal” – pandai-pandailah membawa diri.

Cerpen ini dipetik dari Pelita Bahasa keluaran Ogos

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *