Kelemahan Pelajar Memulakan Isi Karangan

      No Comments on Kelemahan Pelajar Memulakan Isi Karangan

Oleh Nawi Ismail

     Antara kelemahan pelajar dalam penulisan karangan kini, termasuklah kegagalan memulakan isi karangan dengan betul. Keadaan ini memungkinkan perkara yang ingin diperkatakan bukan sahaja sukar difahami, malah kadangkala tidak kesampaian. Dari aspek bahasa pula, kegagalan tersebut memungkinkan struktur ayat yang dibina kurang tepat. Makalah ini akan memperkatakan kelemahan tersebut berdasarkan karangan 14 orang pelajar tingkatan empat yang menulis karangan bertajuk, langkah-langkah untuk melahirkan keluarga penyayang dalam masyarakat di negara ini. Karanga tersebut dighasilkan oleh pelajar dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun di sebuah sekolah baru-baru ini.

    Secara umumnya, pelajar yang berkenaan dapat mengemukakan beberapa isi karangan yang agak sesuai dengan tajuk tersebut (langkah-langkah untuk melahirkan keluarga penyayang). Isi yang dikemukakan adalah seperti yang berikut:

  1. Ibu bapa perlu bertanggungjawab kepada anak-anak.
  2.  Menghormati orang tua.
  3. Peranan badan kaunseling di sekolah.
  4. Mengadakan Kempen Keluarga Penyayang.
  5. Melalui peranan ibu bapa.
  6. Percutian bersama-sama keluarga.
  7. Bergotong-royong membersihkan rumah.
  8. Bercakap dengan lemanh lembut dengan orang tua.

     Walaupun sebahagian daripada isi diatas diterima ataupun dapat dimurnian, cara pelajar memulakan isi tersebut secara umumnya mempunyai beberapa kelemahan. Ada antara pelajar yang mengemukankan isi karangan sepert menawab soalan pemahaman. Kegagaalan pelajarr mempelbagaikan cara persembahan isi karangan menjadikan perkara yang ditulis tidak menarik minat pembaca atau membosankan. Kebanyakan pelajar cenderung memulakan isi karangan seperti dua orang pelajar berikut.

Pelajar X

    Langkah pertama untuk melahirkan keluarga penyayang dalam masyarakat di Malaysia ialah peranan ib bapa di mana ibu bapa perlu bertanggungjawab kepada anak-anak. …

    Langkah kedua untuk melahirkan keluarga penyayang dalam masyarakat di Malaysia ialah menghormati orang tua. …

    Tuntasnya hendaklah bergotong-royong membersihkan rumah yang dikenali sebagai istana hinggap oleh sesetengah orang. …

    Akhir sekali mengadakan kempen kesedaran kepada masyarakat di Malaysia. …

Pelajar Y

Sedarwarsa ini, sudah terang lagi bersuluh iaitu ibu bapa perlu bertanggungjawab kepada anak anak dengan memberikan kasih sayang untuk melahirkan keluarga penyayang dalam masyarakat di Malaysia. …
Yang tua dihormati, begitulah hujah seterusnya di bawah kata kunci orang tua sudah lama makan garam. …
Tak kenal maka tak cinta. Oleh itu, gotong-royong bersama ahli keluarga, misalnya membersih dan mencantikkan halaman rumah merupakan satu lagi langkah melahirkan keluarga penyayang….
Justeru itu mengadakan aktiviti perkelahan di tempat pelancongan yang menarik perhatian orang ramai. …
Mauduk yang terakhir sekali kempen kesedaran perlu diadakan. …

Rencana ini dipetik dari Pelita Bahasa keluaran Ogos

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *