Kuasa Bahasa Dalam Komunikasi

      No Comments on Kuasa Bahasa Dalam Komunikasi

Oleh Siti Nur Hidayah Othman Bakar

    Penghayatan etika sopan santun khususnya dalam tingkah laku dan bahasa lisan merupakan salah satu cara berhalus kita bertutur, mengkritik, memberitahu, dan bercakap benar dalam berbahasa lisan ini dapat dilihat melalui taraf sosial seseorang dalam masyarakat.

    Bahasa melambangkan budaya sesebuah bangsa. Perubahan dalam taraf sosial dan cara hidup masyarakat secara tidak langsung mengubah bahasa sesebuah masyarakat. Masyarakat sering didedahkan dengan pelbagai bentuk dan nilai-nilai budaya bahasa yang baharu. Dalam hidup beradat dan berbudi, bahasa tidak boleh dijual beli. Pada hari ini, kebanyakan kalangan warga Malaysia malu dan segan untuk menggunakan bahasa Melayu kerana berpendapat bahawa bahasa ini tidak setaraf dengan kedudukan bahasa Inggeris, bahasa Perancis malahan bahasa Latin. Perlu dinggatkan bahawa suatu ketika dahulu, bahasa Melayu menjadi bahasa pengantara, bahasa untuk pertukaran barangan dagangan dan lingua franca di Kepulauan Melayu.

     Untuk memantapkan gaya dan keterampilan bebrbahasa, kita disarankan menggunakan bahasa berlapik dan sopan supaya dapat membantu pembentukan sahsiah yang baik dalam diri masing-masing. Hali ini dikatakan demikian kerana, pengguanaaan bahasa yangf baik merupakan salah satu kemahiran lisan yang dapat menyerlahkan personaliti diri apabila berbicara di hadapan khalayak. Kemahiran ini juga dapat menunjukkan tahap ketajaman minda seseorang itu.

    Penggunaan bahasa rojak dan slanga iaitu kata-kata yang tidak tergolong dalam bahasa baku seirng digunakan dalam percakapan rasmi atau tidak rasmi. Kecenderungan kumpulan tertentu dalam mereka bentuk bahasa rojak atau slanga secara tidak langsung telah mengakibatkan penyusutan dalam penggunaan bahasa secara sopan. Oleh yang demikian, kita seharusnya mengahyati nilai kesantunan berbahasa dalam kehidupan seharian.

    Kesantunan bahasa ini meliputi berbudi bahasa, sopan santun, lemah lembutdan memiliki segala ciri yang baik dan murni mendapatkan menimbulkan keramahan dan kemesraan. Sebagai contoh, percakapan yang baik seharusnya mengandungi tutur kata sempurna dan menyenangkan, penuh dengan sifat-sifat menghormati pihak lain, serta diiringi dengan akhlak mulia. Maka, seseorang yang berinteraksi menggunakan bahasa yang sopan dikatakan tinggi budi bahasanya, manakala seseorang yang menuturkan kata-kata yang kasar dan kurang sopan dikatakan biadap atau kurang ajar.

    Bahasa yang baik menunjukkan kita mementingkan perasaan dan kedudukan orang yang berkomunikasi dengan kita. Gaya melambangkan budi bahasa dan akhlak yang baik. Keadaan ini jelas menunjukkan kesantunan berbahasa datang dairpada peribadi yang bersopan santun. Kini, fenomena percampuran bahasa asing ke dalam bahasa ibunda sering berlaku di negara nin. Tambahan pula, rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, menyebabkan situasi pencampuran kod ini lazimnya sentiasa berlaku. Penggunaan bahasa Melayu pada hari ini sering kali diselang seli dan diselitkan dengan bahasa Inggeris. Maka, lahirlah bahasa Melayu “kacukan” yakni bahasa rojak.

Rencana ini dipetik dari Pelita Bahasa keluaran Ogos

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *