Tenas Effendy Memartabatkan Kearifan Berbahasa dalam Kesantunan Bahasa

Oleh Khairol Anuar Harith Fadzillah

“Kearifan orang Melayu berbahasa diperlihatkan dalam pemilihan kata. Kearifan orang Melayu berbahasa, kecintaannya dan kebanggaannya terhadap bahasanya dan kesedaran bahawa bahasa ialah jati diri kemelayuannya dahulu kukuh dan diperhatikan dengan jelas”  (Tenas Effendy, 2008: 59)

Demikian pengenalan tentang kearifan berbahasa dalam kesantunan bahasa berdasarkan pandangan Allahyarham tengku Nasyaruddin Effendy atau lebih dikenali dengan nama Tenas Effendy dalam kertas kerja, “Kearifan Orang Melayu Berbahasa” ketika Syarahan Raja Ali Haji yangtelah diadakan pada 10 Oktober 2008 bertempat di Dewan Seminar, Dewan Bahasa dan Pustaka, kuala Lumpur.

Penganjuran Syarahan Raja Ali Haji 2008 sebagai Syarahan Kali Ke-16 oleh Persatuan linguistik Malaysia (PLM) denga kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka ketika Sambutan Bulan Bahasa dan Sastera Negara 2008, kini dikenali sebagai Bulan Bahasa Kebangsaan, bertujuan untuk memartabatkan kearifan berbahasa dalam kesantunan bahasa. Selain itu, penganjuran majlis ini juga adalah untuk memberikan penghormatan kepada Tenas Effendy sebagai “Tokoh Arif Budiman Melayu yang Sejati” yang berjasa dalam menyumbangkan karya, kearifan, buah fikiran dan falsafah terhadap perkembangan bahasa Melayu di Nusantara.

Konsep kearifan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat menggambarkan seorang yang mengetahui, memahami sesuatu dengan mendalam dan memiliki pengetahuan yang luas berdasarkan kata “arif” itu sememangnya menggambarkan seorang yang bijaksana dan mendapat makrifat daripada Allah SWT.

Konsep bahasa menurut Kamus Dewan Edisi Keempat merupakan sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia antara seorang individu dengan individu yang lain. Bahasa merupakan percakapan yang baik, tingkah laku yang baik, dan sopan santun yang menjadi nadi utama dalam aspek kesantunan berbahasa.

Konsep kesantunan berbahasa dalam Kamus Dewan Edisi Keempat pula bermaksud kesopanan, dan kehalusan budi bahasa atau budi pekerti. Oleh itu, kesopanan bahasa bermaksud kesopanan dan kehalusan bahasa yang digunakan oleh seseorang itu ketika berkomunikasi sama ada secara lisan atau tulisan. Bahasa yang digunakan penuh dengan adab, tertib dan sopan santun dalam menyampaikan sesuatu mesej atau perasaan.

Rencana ini dipetik dari Pelita Bahasa keluaran Ogos

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *