Pengajaran Band 5 Mencungkil Bakat dan Minat Pelajar

Oleh Md Ishak A. Rahman

Motivasi diri amat penting untuk memantapkan kemahiran kumpulan pelajar pada tahap pembelajaran band 5. Pada tahap ini, pelajar membina keyakinan diri untuk menjadi pengguna bahasa dalam situasi rasmi. Aktiviti kumpulan pelajar pada tahap in mnejurus kepada kerjaya dalam bidang kebahasaan. Aktiviti tersebut juga dapat mencungkil bakat dan memupuk minat pelajar dalam aktiviti kebahasaan. Mereka yang menguasai tahap ini kebiasaannya tidak begitu ramai andai guru yang berkenaan tidak menyediakan wadah dan memberikan galakan kepada pelajar.

Sebelum kita menentukan objektif, memilih kaedah pengajaran dan pentaksiran hasil pembelajaran, kita perhatikan panduan perkembangan pembelajaran tahap band 5 subjek Bahasa Melayu menengah rendah seperti yang berikut:

Jadual 1 Perkembangan pembelajaran band 5 tingakatan 1, 2, dan 3

 

 

 

Kemahiran Lisan

 

T1. Menyatakan pendirian dengan mengemukakan pendapat yang rasional tentang sesuatu perkara secara bertatasusila.

T2. Menyatakan pendirian yang jelas berserta alasan yang munasabah atau mengemukakan maklumat yang relevan menggunakan gaya pengucapan yang bertatasusila.

T3. Meneliti pelbagai pendapat dan membuat inferens yang sesuai dengan mengemukakan alasan yang rasional serta bertatasusila.

 

 

 

 

Kemahiran Membaca

 

T1. Membaca secara ekstensif dan menghuraikan maklumat secara logik untuk membuat inferens yang relevan.

T2. Membaca, menyatakan maklumat yang tersirat dengan betul dan menghubungkaitkan maklumat tersebut dengan pelbagai bahan bacaan lain secara relevan.

T3. Membaca pelbagai bahan dan membuat ulasan secara umum (idea, bahasa dan pengolahan) berkaitan karya bukan kreatif dan aspek kajian sastera dalam karya kreatif dengan alasan atau contoh yang relevan.

 

 

 

 

Kemahiran Menulis

 

T1. Menghasilkan penulisan yang lengkap dengan laras bahasa yang sesuai dan ayat yang gramatis.

T2. Menghasilkan pelbagai penulisan kreatif dan bukan kreatif yang lengkap dengan gaya penulisan yang menarik.

T3. Menghasilkan pelbagai jenis karya bukan kreatif (karangan berformat dan tidak berformat) dengan gaya penulisan yang baik dan menarik (idea relevan, pengolahan menarik, bahasa lancar), dan karya kreatif (dua jenis puisi) yang mempunyai ciri-ciri puisi yang baik dan menarik (tema, nilai gaya bahasa).

Meneliti kemahiran tersebut, pelajar pada tahap ini menguasai kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi dalam situasi formal. Guru memainkan peranan penting sebagai pembimbing kepada pelajar. Guru perlu memberikan banyak pendedahan dengan pembacaan yang luas, serta aktiviti lawatan atau mempertontonkan aktiviti kebahasaan seperti pidato, perbahasan, lakonan, deklamasi puisi, dan sebagainya. Melalui pendedahan ini pelajar boleh melakukan peniruan untuk menjadi pengguna bahasa dalam situasi formal.

Pada tahap ini, guru menggunakan kaedah pembelajaran ajukan-hafalan. Pelajar meniru gaya dan cara persembahan, dan menggunakan teks yang disediakan secara hafalan. Teks tersebut sebaik-baiknya disediakan oleh pelajar sendiri dan guru menyemak, serta membuat penambahbaikan sebelum dihafal oleh pelajar untuk membuat persembahan.

Rencana ini dipetik dari Pelita Bahasa keluaran Ogos

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *