Dwibahasa dalam Pengangkutan Awam Positif atau Negatif?

Oleh Nur Sahwati Amat

     Dalam mana-mana negara di dunia, pengangkutan merupakan aspek terpenting dalam pembentukan sesebuah kerajaan, pemerintahan, pembangunan dan pengembangan sesebuah tamadun. Sesebuah negara berkembang pesat menerusi jaringan pengangkutan yang ada. Pada suatu ketika dahulu, sesebuah negara yang mempunyai jaringan pengangkutan yang lengkap dan dan bersistem, khususnya melalui jalan darat dan laut, dianggap mempunyai kekuatan dari aspek kerajaan dan ketenteraan. Pada ketika itu, hubungan sesebuah negara dengan negara yang lain dapat diwujudkan dengan jaringan pengangkutan yang tersedia ini.

     Di Malaysia, sejarah membuktikan bahawa pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, jaringan pengangkutan yang cukup popular adalah dengan menerusi jalan laut. Hubungan Kerajaan Melayu Melaka dengan China menjadi erat apabila kedua-dua buah kerajaan membuka pintu perdagangan sehingga banyak imigran Cina mula dibawa masuk ke negara ini untuk tujuan menjana ekonomi.

     Kepentingan pengangkutan kepada mana-mana negara dan kuasa di dunia tidak pernah berubah. Selain kepentingan ketenteraan, kepentingan ekonomi juga menjadi faktor utama yang membawa kewujudan jaringan pengangkutan.

    Jika hendak dibandingkan Malaysia dengan negara Asia yang lain, seperti Jepun dan Korea, perkembangan pengangkutan di negara ini bergerak secara perlahan. Ketika Jepun mencipta kehebatan dengan pembinaan kereta api laju bawah tanah, Malaysia sekitar 1990-an baru sahaja merancang membina kereta api sistem transit aliran ringan (LRT). Sebelum itu, kita boleh berbangga dengan perkhidmatan Kereta api Tanah Melayu Berhad (KTMB), dan pada tahun 1995, kerajaan memperkenalkan pula KTM Komuter yang merupakan perkhidmatan kereta api elektrik yang lebih cepat dan efisien.

    Pengangkutan di Malaysia mula dimajukan semasa pemerintahan penjajahan British. Kini, pengangkutan bukan sahaja berupaya mengembangkan ekonomi, tetapi penggunaannya semakin laus dan maju. Rangkaian jalan raya Malaysia yang merangkumi 63 445 kilometer, termasuk 1630 kilometer lebuh raya membolehkan rakyat di negara ini bergerak secara efisien dan merentas antara satu negeri ke negeri yang lain di Semenanjung Malaysia dan Sabah, serta Sarawwak melalui pengangkutan udara.

    Pengangkutan rel di Malaysia juga merupakan satu aspek utama bagi rangkaian pengangkutan di Malaysia. Pengangkutan rel bermula pada tahun 1885 dengan pembukaan aliran kereta api ynag pertama di antara Taiping dengan Port Weld (sekarang Kuala Sepetang). Kini, pengangkutan rel ini semakin berkembang yang terdiri dariapda rel berat (termasuklah rel kelajuan tinggi), LRT dan monorel. Rel berat digunakan untuk pengangkutan penumpang antara bandar dengan muatan dan pengangkutan awam, manakala LRT digunakan untuk pengangkutan dalam bandar dan pengdunaan khas, seperti pengangkutan antara lapangan terbang.

    Terdapat aliran landasan kelajuan tinggi dengan dua perkhidmatan tren kelajuan tinggi di antara Kuala Lumpur dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang dikenali sebagai Express Rail Link Sdn Bhd (ERL). Rangkaian landasan kereta api (KTMB) pula meliputi semu anegeri di Semananjung Malaysia kecuali Terengganu. Di Malaysia Timur, Sabah mempunyai landasan kereta api yang dimiliki Jabatan Kereta Api Negeri Sabah, manakala Sarawak tidak mempunyai perkhidmatan kereta api.

Rencana ini dipetik dari Pelita Bahasa keluaran Ogos

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *