Keamanan Kebebasan

      No Comments on Keamanan Kebebasan

BIJAK BAHASA

Cuba cari padanan kata yang berhuruf tebal. Gunakan kamus jika anda menghadapi kemusykilan.

1. keagungan
a. kehabisan        b. kedamaian
c. keutuhan          d. kebesaran
2. keajaiban
a. kesukaan         b. kedukaan
c. keganjilan        d. kesempitan
3. keahlian
a. keanggotaan    b. keseorangan
c. keluaran           d. kelukaan
4. kealiman
a. kepandaian      b. kesolehan
c. keturunan         d. kenyataan
5. kealpaan
a. ketulusan         b. kejujuran
c. ketamakan       d. kelalaian
6. keamanan
a. ketenteraman   b. kesungguhan
c. kecurian            d. keruntuhan
7. keampuhan
a. ketaatan            b. kerunsingan
c. kemujaraban     d. kesederhanaan
8. keanggunan
a. kedengaran       b. keelokan
c. kebolehan         d. kebahagiaan
9. keangkuhan
a. keperitan          b. kecongkakan
c. kemampuan     d. kekayaan
10. keasingan
a. kesendirian      b. ketenangan
c. kelimpahan      d. keraian
11. keaslian
a. ketakutan        b. keruntuhan
c. kesamaan       d. ketulenan
12. keasyikan
a. kesakitan         b. kepunyaan
c. kelekaan          d. kehilangan

13. keayahan
a. kedewasaan     b. keterangan
c. kebersihan        d. kebapaan
14. keazaban
a. kesengsaraan   b. kelelakian
c. kebaktian          d. kekitaan
15. keazaman
a. kemahuan         b. kesedaran
c. kegemaran        d. kerinduan
16. kebangkitan
a. kelemahan        b. kebanyakan
c. kebangunan      d. kekurangan
17. kebebasan
a. kelonggaran       b. kebaikan
c. kemerdekaan     d. kebuasan
18. kebencanaan
a. kepuasan           b. kecelakaan
c. kesayangan       d. kelihatan
19. kebengisan
a. keperluan          b. kesenangan
c. kepulangan        d. kekejaman
20. keberanian
a. kekuatan           b. kerendahan
c. kesenian           d. kegagahan

 

Jawapan kosa kata ini boleh dijumpai dalam Pelita Bahasa keluaran Julai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *