Frasa Keterangan dalam Binaan Ayat

      No Comments on Frasa Keterangan dalam Binaan Ayat

Oleh Ahmad Khair Mohd Nor

    Ayat yang sempurna dari segi tatabahasa dibahagikan kepada dua bahagian atau konstituen, iaitu subjek dan predikat. Subjek dan predikat ialah binaan asas ayat. Subjek ialah bahagian dalam ayat yang menjadi judul atau unsur yang diterangkan. Unsur yang mengisi bahagian subjek terdiri daripada frasa nama seperti contoh ayat 1 hingga 4.

    Predikat ialah bahagian dalam ayat yang menerangkan subjek. Dalam bahasa Melayu, predikat boleh terdiri daripada frasa nama seperti ayat 1, frasa kerja seperti ayat 2, frasa adjektif seperti ayat 3, atau frasa sendi nama seperti ayat 4.

Jadual 1 Binaan ayat yang menerangkan subjek danpredikat

Bil. Subjek Predikat
1.

2.

3.

4.

Adik saya

Murid itu

Badan datuk

Bapa

pelajar sekolah itu.

tidak hadir.

lemah.

ke pejabat.

Ayat yang predikatnya terdiri daripada frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama boleh diberikan tambahan. Frasa yang menjadi tambahan itu dikenali sebagai frasa keterangan atau rasa adverba. Frasa keterangan ialah frasa yang berfungsi untuk menerangkan frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama dalam ayat.

Dalam ayat susunan biasa, frasa keterangan hadir di hujung ayat, iaitu selepas frasa kerja, frasa adjektif atau frasa sendi nama.

Jadual 2 Frasa keterangan yang merupakan sebahagian daripada predikat

Subjek

                           predikat

 
 

Frasa Utama

Frasa Keterangan

5.

6.

7.

Murid itu

Badan datuk

Bapa

tidak hadir

lemah

ke pejabat

di sekolah

dengan tiba-tiba.

dengan kereta

Kehadiran frasa keterangan dalam Jadual 2 adalah untuk memberikan maklumat tambahan bagi frasa utama predikat. Frasa keterangan dalam ayat 5 berfungsi untuk menerangkan frasa kerja, dalam ayat 6 menerangkan frasa adjektif, dan dalam ayat 7 menerangkan frasa sendi nama. Hal ini bererti bahawa frasa keterangan merupakan frasa tambahan dalam ayat, bukan sebagai frasa utama.

Rencana dari dipetik dari Pelita Bahasa keluaran Julai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *