Kertas Bahasa Melayu SPM Ulangan Fasa Kedua Terakhir

Oleh Samat Buang

    Tumpuan perbincangan dalam rencana kali ini berfokuskan pada soalan Komsas bagi Kertas Bahasa Melayu 2 peringkat Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) yang dijadualkan pada 15 JUn 2016 (Rabu), iaitu bermula jam 8.00 pagi bagi Kertas Bahasa Melayu 1 dan 2.00 petang pula Kertas Bahasa Melayu seperti dalam keratan Jadual Waktu Peperiksaan SPMU 2016 yang berikut selain mata pelajaran Matematik dan Sejarah yang masing-masing dijadualkan pada hari Isnin dan Selasa.

    Secara Kebetulan, Kertas 2 Bahasa Melayu SPM Ulangan 2016 merupakan tahun terakhir mengguna pakai antologi teks Komsas dan novel lama yang diperkenalakan [ada tahun 2011 bagi fasa kedua dan kali pertama diuji dalam SPMU bermula tahun 2012. Antologi teks Komsas yang dimaksudkan ialah Harga Remaja dan Dirgahayu Bahahsaku dan teks novel pula ialah Papa … (akhirnya kau tewas jua!), Melunas Rindu, Azfa Hanani, Renyah, Konserto Terakhir, Kembara Amira, Kabus di Perbuktian, dan Sutera dalam Lukisan yang diguna pakai selama lima tahun mengikut zon yang ditetapkan. Hal ini bermakana pada peperiksaan SPMU 2017 nanti antologi teks dan novel yang digunapakai ialah antologi teks dan novel baharu yang diperkenalkan pada tahun 2016.

    Seperti yang kita sedia maklum bahawa soalan Bahasa Melayu Kertas 2 melibatkan aspek Komsas yang hanya tertumpu pada soalan nombor 2 dan 4. Soalan nombor 2 (b), 2(c) dan 2 (d) mengandungi tiga petikan pemahaman ynag terdiri daripada pelbagai genre prosa moden (cerpen atau drama), prosa klasik, dan puisi (moden atau tradisional), dan satu lagi soalan 2 (a), iaitu soalanpemahaman petikan umum yang ,elibatkan soalan pemahaman sahaja. Dari segi peruntukan markah, soalan pemahaman petikan prosa moden membawa sebanyak 9 markah, prosa klasik 8 markah dan puisi 9 markah. Soalan pemahaman petikan KOMSAS pelbagai genre in diuji berdasarkan kedua-dua antologi teks Harga Remaja dan Dirgahayu Bahasaku. Manakala soalan 4 (a) 7 markah dan 4 (b) 8 markah. Soalan novel yang dikemukakan berdasarkan novel-novel yang dipelajari mengikut zon yang ditetapkan masing-masing.

Rencana ini dipetik dari Pelita Bahasa keluaran Jun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *