Kejuruteraan Mekanik dalam Bahasa Kebangsan

      No Comments on Kejuruteraan Mekanik dalam Bahasa Kebangsan


Kejuruteraan mekanikal merupakan antara kursus popular yang menjadi pilihan kebanyakan siswazah di universiti awam dan universiti swasta di negara ini. Sains kejuruteraan mekanikal muncul seawal abad ke-19 kerana perkembangan bidang fizik. Seiring dengan kemajuan teknologi, bidang kejuruteraan mekanikal pada hari ini terus berkembang dalam bidang seperti rencam, mekatronik dan nanoteknologi.

Kejuruteraan mekanikal merupakan satu daripada cabang bidang kejuruteraan yang tertua dan meluas yang melibatkan pengeluaran, penggunaan haba dan kuasa mekanikal bagi reka bentuk, pengeluaran, operasi mesin dan alatan lain. Walau bagaimanapun, bidang itu memerlukan pemahaman konsep teras yang melibatkan mekanik, kinematik, termodinamik, sains bahan dan analisis struktur.

Oleh sebab kejuruteraan mekanikal sangat berkaitan dengan mekanik, kamus yang memuatkan istilah khusus dalam bidang itu diterbitkan bagi memenuhi keperluan pelajar, khasnya, dan masyarakat umum, amnya. Penerbitannya menjadi bukti bahawa bahasa Melayu mampu mengungkapkan bidang kejuruteraan mekanik setanding dengan bahasa lain, seperti bahasa Inggeris.

___

Rencana ini dipetik daripada Pelita Bahasa Januari 2012.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *