Lagu sebagai Pengupaya P&P Bahasa Melayu

Oleh Kho Thong Eng

    Terdapat pelbagai teknik untuk menjayakan pengajaran dan pembelajatan (P&P) dalam kelas Bahasa Melayu, contohnya termasuklah penggunaan bahan bantu mengajar, unsur kecindan, lakonan, main peranan, kerusi panas, sumbang saran, aktiviti kumpulan, sesi pembentangan, lagu, dan sebagainya. Pelbagai teknik yang disajikan ini bertujuan melonjakkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran, sekali gus menangkis rasa bosan yang mungkin bertapak dalam jiwa pelajar. Oleh itu, diharapkan prestasi pelajar akan terus memuncak dan dapat mengharumkan nama sekolah, serta mencerahkan masa depan pelajar.

    Penggunaan lagu sebagai pengupaya P&P adalah selaras dengan saranan Dr. Howard Gardner, profesaor pendidikan di Univerisiti Harvard, Amerika Syarikat, pada tahun 1983 agar guru mencorak dan membina pelbagai kecerdasan kepada pelajar. Daripada lapan kecerdasan kepada pelajar. Daripada lapan kecerdasan yang dicadangkan oleh Dr. Howard Gardner, salah satu daripadanya ialah kecerdasan muzik atau lagu.

Lagu sebagai Set Induksi P&P

    Set induksi merupakan pembuka jalan yang ceria dan bermakna kepada sesuatu sesi pembelajaran. Langkah pemula ini bertujuan untuk merangsang minat pelajar dan memupuk kesediaan mental mereka untuk menerima pelajaran baharu dalam bahasa Melayu.

    Sebagai contoh, lagu Hijau nyanyian Zainal Abidin amat sesuai untuk menarik minat pelajar terhadap isu pencemaran dan pemuliharaan a;am diperturunkan sebahagian daripada seni kata lagu HIjau.

Bumi yang tiada rimba
Seumpama hamba
Dia dicemar manusia
Yang jahil ketawa.
Bumi yang tiada udara
Bagai tiada nyawa
Pasti hilang suatu hari
Tanpa disedari…

    Guru boleh memainkan lagu yang terakan dalam bentuk kaset atau cakera padat. Pelajar perlu mendapatkan lirik lagu terlebih dahulu agar mereka dapat menyanyi bersama-sama. Jika ada pelajar yang berbaakat menyanyi, dia boleh diminta memipin nyanyian selepas lagu dimainkan sebanyak dua kali kepada sleuruh kelas. Dalam hal ini, guru boleh turut menyanyi bersama-sama untuk menghidupkan suasana harmoni untuk mengeratkan lagi hubungan pelajar dan guru di dalam kelas.

Lagu sebagai Perangsang Minda dan Rasa

    Seni kata lagu daniramanya berupaya menyentuh hati dan mencetuskan imaginasi pelajar untuk mengenal pasti isi karangan. Sebagi contoh, lagu Ibu nyanyian Allahyarham P.Ramlee dapat menonjolkan betapa besarnya budi seorang ibu kepada anak, supaya para pelajar sedar akan sebab-sebab mereka harus menghargai dan menyanjungi ibu mereka serta memikirkan cara-cara untuk membalas budi ibu mereka. Kata orang, syurga berada dibawah telapak kaki ibu.

Rencana ini dipetik dari Pelita Bahasa keluaran Jun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *