Monthly Archives: October 2015

Pemimpin dalam Peribahasa Melayu

      No Comments on Pemimpin dalam Peribahasa Melayu

Peribahasa Melayu merupakan khazanah budaya yang mencerminkan ketamadunan dan pemikiran sejak zaman berzaman yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan bermasyarakat seperti adab, budaya, pemikiran, falsafah dan tingkah laku. Salah satu unsur penting yang digambarkan secara jelas dalam peribahasa Melayu adalah berkaitan dengan pemimpin dan kepimpinan Melayu.