Monthly Archives: April 2015

Buku Kelana Belantara Kata

      No Comments on Buku Kelana Belantara Kata

Satu daripada kriteria untuk mengukur perkembangan industri buku sesebuah negara ialah jumlah tajuk buku baharu yang diterbitkan dalam tempoh setahun. Adakah jumlah penulis kita sudah cukup banyak? Adakah mereka menulis buku yang menepati keperluan dan cita rasa rakyat negara ini? Sudah memadaikah jumlah buku dalam bahasa Melayu untuk keperluan rakyat kita yang berjumlah 30 juta?

“Demokrasi Bahasa” di Bandar Bersejarah

Sambutan tersebut menggunakan tiga bahasa – bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Cina. Tentu sekali bahasa Melayu digunakan kerana bahasa itu bahasa kebangsaan negara. Bahasa Inggeris digunakan pastinya untuk membolehkan pelancong asing, terutamanya, mengikuti dan memahami perjalanan majlis. Bahasa Cina pula digunakan kerana majlis itu dianjurkan oleh etnik tersebut; tidak mustahil jika ada antara hadirin yang tidak memahami bahasa kebangsaan – bukanlah sesuatu yang mengejutkan, sebenarnya.