Monthly Archives: October 2012

“1Bahasa, 1Bangsa, 1Negara” Mendukung Gagasan 1Malaysia”

Pengisian program Bulan Bahasa Kebangsaan menjurus kepada usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa pemersatuan bangsa, bahasa ilmu, bahasa yang berupaya merentas pelbagai bidang dan lapangan kehidupan, turut memberikan penekanan kepada penerimaan rakyat terhadap bahasa kebangsaan. Bahasa kebangsaan merupakan milik kita bersama sebagai sebuah bangsa. Begitulah besarnya agenda yang dibawa oleh BBK saban tahun.

Menyerlahkah Pelaksanaan Bulan Bahasa Kebangsaan?

      No Comments on Menyerlahkah Pelaksanaan Bulan Bahasa Kebangsaan?

Biarpun pelbagai nama dicipta untuk menyemarakkan aktiviti kebahasaan di negara ini, namun matlamatnya tetap sama, iaitu untuk memantapkan, memperkukuh, dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia, menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan, mengeratkan, dan memperkukuh perpaduan bangsa melalui bahasa kebangsaan, serta menyemarakkan peranan bahasa kebangsaan sebagai tonggak pembinaan negara bangsa.

Tahap Band dalam PBS: Kaedah Penilaian dalam Transfomasi Pendidikan

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) memberikan peluang kepada guru untuk meletakkan murid pada tahap pencapaian tertinggi yang mampu dikuasai oleh murid. Guru boleh memulakan pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap prestasi murid sama ada band rendah, pertengahan atau tertinggi berdasarkan rekod dan pemerhatian. Sesungguhnya, kewibawaan guru meletakkan tahap prestasi murid berdasarkan evidens yang dapat dibuktikan melalui instrumen atau alat yang telus.

Guru Kreatif Murid Aktif

      No Comments on Guru Kreatif Murid Aktif

Dalam beberapa wacana akademik, tokoh pendidikan sering menyuarakan perasaan kurang gembira tentang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (P&P) oleh sesetengah guru. Pada pandangan mereka, terdapat guru yang kurang mampu untuk mengendalikan P&P dengan berkesan. Antara faktornya termasuklah kurangnya kreativiti guru untuk merancang dan melaksanakan aktiviti P&P sewajarnya.