Monthly Archives: September 2012

Keyakinan terhadap bahasa kebangsaan

      No Comments on Keyakinan terhadap bahasa kebangsaan

Selain iklan yang menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya, kelihatan juga iklan berbahasa Melayu yang mempamerkan kesalahan ejaan, istilah, dan tatabahasa. Iklan dalam dwibahasa pula didapati lebih mengutamakan bahasa Inggeris dari segi saiz, warna, dan kedudukan berbanding dengan bahasa Melayu. Secara keseluruhan, kaji selidik yang dijalankan mendapati 50 peratus iklan yang dipantau tidak menggunakan bahasa kebangsaan dan mempunyai kesalahan bahasa.

Kelas Bahasa yang Ceria

      1 Comment on Kelas Bahasa yang Ceria

Kelas bahasa yang ceria mampu meningkatkan keberkesanan pembelajaran. Dari perspektif saintifik, unsur kecindan dapat menggerakkan penggunaan otak sebelah kiri (kreativiti) dan kanan (praktikal) secara serentak. Hal ini menyebabkan suatu mesej lebih cepat difahami dan proses pembelajaran lebih bermakna kerana minda digunakan secara menyeluruh.

Kesalahan Membina Ayat

      No Comments on Kesalahan Membina Ayat

Penutur jati pada dasarnya sudah pun menguasai bahasa Melayu sejak kecil. Namun begitu, mereka kerap melakukan kesalahan, baik semasa bertutur mahupun semasa menulis disebabkan pengaruh bahasa Melayu lisan tidak formal yang digunakan dalam hubungan harian. Bahasa lisan tidak formal secara umumnya memang tidak begitu menekankan aspek tatabahasa.

“Dekat dan ”Di”

      No Comments on “Dekat dan ”Di”

Penggunaan bahasa yang gramatis tidak diamalkan atau jarang-jarang digunakan oleh seseorang semasa berinteraksi dengan orang lain. Hal ini secara tidak langsung menjejaskan mutu bahasa Melayu apabila digunakan oleh orang ramai dalam komunikasi formal atau situasi rasmi.

Teknik Mengarang Sajak

      No Comments on Teknik Mengarang Sajak

Matlamat kurikulum BM Sekolah Menengah adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri dalam urusan seharian, pendidikan, dan pekerjaan. Untuk mengukuhkan tahap pemahaman murid terhadap genre sajak, guru digalakkan mengajarkan kaedah penulisan sajak kepada murid.

Sukan dan Kepelbagaian Dialek

      No Comments on Sukan dan Kepelbagaian Dialek

Sebagaimana keinginan kita untuk mengangkat martabat sukan negara ke peringkat tertinggi, begitu juga hasrat seluruh masyarakat Malaysia dalam memastikan istilah atau wadah dalam bahasa kebangsaan atau bahasa daerah direalisasikan dalam semua urusan rasmi baik dalam bidang politik, sosioekonomi, kebudayaan, persuratan mahupun sukan. Usaha ini bukan suatu perkara yang mudah, kerana memerlukan iltizam, pengorbanan, dan semangat juang yang tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia yang cinta akan bahasa ibunda.