Monthly Archives: August 2012

Pelan Tindakan Strategik DBP

      No Comments on Pelan Tindakan Strategik DBP

Sebanyak lapan cabaran utama dikenal pasti oleh pihak DBP dalam usaha meningkatkan penggunaan bahasa Melayu dengan lebih cemerlang. Cabaran tersebut ialah meningkatkan imej DBP sebagai institusi bahasa dan persuratan Melayu yang berwibawa, menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, meningkatkan khazanah persuratan ilmu dalam bahasa Melayu, meluaskan penggunaan bahasa Melayu dalam sektor swasta, membina sikap bangga bahasa Melayu dalam kalangan rakyat, persepsi kurang positif sebilangan golongan rakyat terhadap bahasa Melayu, mendapatkan kuasa penegasan pelaksanaan dan penguatkuasaan bahasa; dan menarik minat penulis untuk menerbitkan karya dengan DBP.

Bahasa Melayu Bahasa Ilmu

      No Comments on Bahasa Melayu Bahasa Ilmu

Ahli sejarah Belanda, Francois Valentijn, menyatakan bahawa sesiapa yang datang ke alam Melayu perlu mempelajari bahasa Melayu dan sesiapa yang tidak tahu berbahasa Melayu dianggap tidak terpelajar. Pandangan ini juga secara tidak langsung mengiktiraf bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

Pemerkasaan Bahasa Melayu dalam Pembangunan Teknologi dan Budaya

Sesebuah negara tentulah memerlukan satu bahasa negaranya yang menjadi alat bagi semua tujuan pembangunan dan citra keperibadian nusa. Bahasa Melayu menurut kehendak undang-undang bermakna bahasa yang menjadi bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa pengantar pendidikan, bahasa kesusasteraan, bahasa kesenian, bahasa perniagaan, bahasa perdagangan dan industri, dan bahasa ilmu tinggi sains dan teknologi.

Kata Majmuk

      No Comments on Kata Majmuk

Dalam bahasa Melayu, kata majmuk biasanya ditulis secara terpisah. Namun demikian, terdapat sebilangan kecil kata majmuk yang telah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun jelas bahawa perkataan tersebut mempunyai dua kata dasar.

Akhbar dalam Pengajaran Tatabahasa

      No Comments on Akhbar dalam Pengajaran Tatabahasa

Penggunaan media sebagai alat pengajaran telah lama diamalkan oleh guru bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik. Banyak dapatan kajian mendapati bahawa penggunaan bahan media ini memberikan kesan yang memberangsangkan. Namun demikian, dalam keghairahan menggunakan akhbar sebagai bahan pengajaran, guru perlu meneliti dan menyemak bahan pengajaran agar tidak menimbulkan kekeliruan kepada murid. Selain itu, pemilihan bahan dalam akhbar hendaklah mengikut aras pencapaian murid agar objektif pengajaran mencapai matlamatnya. Untuk membolehkan guru melaksanakan tanggungjawab ini dengan lebih berkesan, kesediaan guru mempertingkatkan ilmu pengetahuan selain mempelbagaikan kaedah pengajaran perlu diberi perhatian.