Monthly Archives: July 2012

Komik Bukan Sekadar Bahan Bacaan Picisan

Mutakhir ini, komik telah dijadikan bahan bantu mengajar di Negara maju, seperti di Jepun, Korea dan Australia. Yang lebih mengejutkan lagi apabila hasil komik tempatan, iaitu “Kampung Boy” karya Datuk Mohammad Nor Khalid (Lat), telah dipilih sebagai bahan bacaan di sekolah di Australia. Tentu ada sesuatu yang dapat memberikan impak yang besar dalam karya kartunis tersebut sehingga dipilih menjadi bahan bacaan pada peringkat antarabangsa.

Komik Bahan Bantu Mengajar

      No Comments on Komik Bahan Bantu Mengajar

Banyak orang yang mentafsirkan bahawa komik merupakan bahan bacaan hiburan untuk mengisi masa lapang semata-mata walhal komik juga merupakan bahan bacaan berbentuk humor dan sarat dengan nilai kemanusiaan. Oleh itu, tidak hairanlah jika komik digemari oleh semua lapisan masyarakat kerana unsur humor yang terkandung dalam sesebuah komik. Maka komik boleh diketengahkan sebagai bahan bantu mengajar bagi mata pelajaran bahasa Melayu mahupun mata pelajaran lain.

Kala

      No Comments on Kala

Kala Malam Bulan Mengambang ialah judul sebuah filem dan merupakan contoh kehadiran perkataan kala sebelum perkataan. Perkataan Kala dieja secara terpisah dengan perkataan yang mengikutinya. Dalam konteks ini perkataan kala bersinonim dan boleh bersilih ganti dengan perkataan ketika. Dari segi maknanya judul filem itu boleh ditukar kepada Ketika Malam Bulan Mengambang.