Monthly Archives: June 2012

Di mana Ada Kemahuan di Situ Ada Jalan

      No Comments on Di mana Ada Kemahuan di Situ Ada Jalan

Pembelajaran bahasa Melayu secara formal di sekolah merupakan asas yang paling kukuh untuk menjadikan seseorang warganegara Malaysia mempelajari dan menghayati ilmu bahasa tersebut. Bagi proses menguasai bahasa Melayu pula, seseorang itu wajar melakukan beberapa perkara yang memperlihatkan kesungguhan dan kecintaan yang mendalam untuk menggunakan bahasa tersebut pada setiap masa dalam pelbagai konteks kehidupan. Untuk menguasai bahasa Melayu, kita jangan malu-malu untuk menuturkannya, jangan rasa rendah diri untuk mengungkap pelbagai khazanah kosa kata Melayu dalam pelbagai laras. Semuanya telah tersedia, cuma tanyalah pada diri kita sama ada ingin menggunakan bahasa Melayu ataupun sebaliknya. Jika setiap masa kita menggunakan bahasa Melayu, tidak timbul lagi tanggapan bahawa bahasa itu sukar dikuasai dan harus dipinggirkan.

“dan” dan “tetapi” dari Sudut Tatabahasa Wacana

“Wacana berasal daripada perkataan bahasa Jawa “wocono”. “Wocono” pula daripada “woco” yang bermaksud “baca”. Dalam bahasa Inggeris, “discourse” berasal daripada bahasa Latin “discursus” yang bermakna “larian ke dan dari”. Menurut Chafe, wacana digunakan dengan pelbagai maksud oleh pelbagai pengkaji. Tetapi, pada umumnya, wacana dilihat sebagai sesuatu yang melampaui sempadan ayat yang terpisah-pisah. Wacana dan teks digunakan saling bertukar ganti, dan kedua-duanya merujuk kepada unit bahasa yang lebih besar daripada ayat. Dan, wacana, menurut beliau lagi, merujuk kajian tentang unit tersebut, cabang linguistik yang setara dengan cabang yang lain, seperti morfologi atau sintaksis.”

Rima Akhir

      No Comments on Rima Akhir

Jika pantun tradisional mencerminkan pemikiran dan gambaran kehidupan silam, pantun baharu juga perlu dicipta berlandaskan unsur-unsur keindahan pantun dan gambaran kehidupan serta pemikiran masyarakat kini.