Monthly Archives: May 2012

Guru Pelaksana Tranformasi Pendidikan Negara

Tugas guru bukan sekadar memastikan murid berjaya dalam bidang kurikulum semata-mata, malah kejayaan dalam bidang kokurikulum dan pembinaan sahsiah turut digalas oleh guru. Oleh hal yang demikian, tuntutan menjadi guru yang inovatif untuk melonjakkan program transformasi pendidikan ini perlu disahut dengan hati yang terbuka oleh seluruh guru di Malaysia.

Peranan Guru dalam Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara

Guru yang berinovasi dan kreatif dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka sesuai dengan misi dan visi sekolah serta mampu memenuhi matlamat pendidikan negara ke arah meningkatkan kualiti pendidikan. Sementelah, keunggulan hasil inovasi dalam pedagogi ditentukan oleh cara kurikulum itu dilaksanakan dan disesuaikan oleh guru dengan konteks budaya yang diwakili oleh setiap murid yang berlainan bangsa dan etnik di sesebuah sekolah.