Category Archives: Cemerlang Bahasa

“Dekat dan ”Di”

      No Comments on “Dekat dan ”Di”

Penggunaan bahasa yang gramatis tidak diamalkan atau jarang-jarang digunakan oleh seseorang semasa berinteraksi dengan orang lain. Hal ini secara tidak langsung menjejaskan mutu bahasa Melayu apabila digunakan oleh orang ramai dalam komunikasi formal atau situasi rasmi.

Kala

      No Comments on Kala

Kala Malam Bulan Mengambang ialah judul sebuah filem dan merupakan contoh kehadiran perkataan kala sebelum perkataan. Perkataan Kala dieja secara terpisah dengan perkataan yang mengikutinya. Dalam konteks ini perkataan kala bersinonim dan boleh bersilih ganti dengan perkataan ketika. Dari segi maknanya judul filem itu boleh ditukar kepada Ketika Malam Bulan Mengambang.

“dan” dan “tetapi” dari Sudut Tatabahasa Wacana

“Wacana berasal daripada perkataan bahasa Jawa “wocono”. “Wocono” pula daripada “woco” yang bermaksud “baca”. Dalam bahasa Inggeris, “discourse” berasal daripada bahasa Latin “discursus” yang bermakna “larian ke dan dari”. Menurut Chafe, wacana digunakan dengan pelbagai maksud oleh pelbagai pengkaji. Tetapi, pada umumnya, wacana dilihat sebagai sesuatu yang melampaui sempadan ayat yang terpisah-pisah. Wacana dan teks digunakan saling bertukar ganti, dan kedua-duanya merujuk kepada unit bahasa yang lebih besar daripada ayat. Dan, wacana, menurut beliau lagi, merujuk kajian tentang unit tersebut, cabang linguistik yang setara dengan cabang yang lain, seperti morfologi atau sintaksis.”