Category Archives: Cemerlang Bahasa

Kesalahan Membina Ayat

      No Comments on Kesalahan Membina Ayat

Penutur jati pada dasarnya sudah pun menguasai bahasa Melayu sejak kecil. Namun begitu, mereka kerap melakukan kesalahan, baik semasa bertutur mahupun semasa menulis disebabkan pengaruh bahasa Melayu lisan tidak formal yang digunakan dalam hubungan harian. Bahasa lisan tidak formal secara umumnya memang tidak begitu menekankan aspek tatabahasa.