Category Archives: Sari Bahasa

Guru Ibu Bapa Kedua Pelajar

      No Comments on Guru Ibu Bapa Kedua Pelajar

Guru sebenarnya bukan sekadar guru di bilik darjah, tetapi juga pemimpin di situ. Mereka juga boleh memimpin pelajar dalam sistem moral, akhlak, kreativiti dan daya usaha. Sebagai contohnya, guru boleh mengambil sedikit masa sebelum memulakan sesi pelajaran dan pemelajaran dengan menyelitkan pendidikan akhlak dan akidah.

Buku Kelana Belantara Kata

      No Comments on Buku Kelana Belantara Kata

Satu daripada kriteria untuk mengukur perkembangan industri buku sesebuah negara ialah jumlah tajuk buku baharu yang diterbitkan dalam tempoh setahun. Adakah jumlah penulis kita sudah cukup banyak? Adakah mereka menulis buku yang menepati keperluan dan cita rasa rakyat negara ini? Sudah memadaikah jumlah buku dalam bahasa Melayu untuk keperluan rakyat kita yang berjumlah 30 juta?

KBAT Pendidikan Abad Ke-21

      No Comments on KBAT Pendidikan Abad Ke-21

Kementerian Pendidikan mendefinisikan KBAT sebagai “keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran, dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan berupaya mencipta sesuatu.” Berdasarkan takrif tersebut, sudah pasti golongan yang perlu bertindak ialah guru, yakni pendidik abad ke-21.

Menyerlahkah Pelaksanaan Bulan Bahasa Kebangsaan?

      No Comments on Menyerlahkah Pelaksanaan Bulan Bahasa Kebangsaan?

Biarpun pelbagai nama dicipta untuk menyemarakkan aktiviti kebahasaan di negara ini, namun matlamatnya tetap sama, iaitu untuk memantapkan, memperkukuh, dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia, menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan, mengeratkan, dan memperkukuh perpaduan bangsa melalui bahasa kebangsaan, serta menyemarakkan peranan bahasa kebangsaan sebagai tonggak pembinaan negara bangsa.

Kelas Bahasa yang Ceria

      1 Comment on Kelas Bahasa yang Ceria

Kelas bahasa yang ceria mampu meningkatkan keberkesanan pembelajaran. Dari perspektif saintifik, unsur kecindan dapat menggerakkan penggunaan otak sebelah kiri (kreativiti) dan kanan (praktikal) secara serentak. Hal ini menyebabkan suatu mesej lebih cepat difahami dan proses pembelajaran lebih bermakna kerana minda digunakan secara menyeluruh.