Category Archives: Sari Bahasa

Patriotisme bahasa lambang kecintaan negara

      No Comments on Patriotisme bahasa lambang kecintaan negara

Adakah bahasa kebangsaan menjadikan seseorang itu bersikap patriotik? Wujudkah kaitan antara bahasa kebangsaan dengan patriotisme? Bolehkah kita menganggap bahawa mereka yang tidak menguasai dan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai tidak patriotik dan tidak sayang kepada bangsa dan negara? Ketika isu tentang cadangan calon yang hendak bertanding dalam pilihan raya diwajibkan lulus kertas Bahasa Melayu diajukan baru-baru ini, isu berkenaan bukan sahaja menjadi kontroversi, bahkan turut mengundang pelbagai kritikan daripada pelbagai pihak.

Dari Malaysia ke ASEAN

      No Comments on Dari Malaysia ke ASEAN

Kebanyakan pemimpin negara anggota menyedari kepentingan bahasa rasmi dalam sesuatu pertubuhan antarabangsa serta hubungannya dengan pendidikan dan pembangunan negara masing-masing. Lazimnya, pemilihan sesuatu bahasa sebelum dijadikan sebagai bahasa rasmi dalam sebuah pertubuhan antarabangsa memang berdasarkan beberapa faktor, seperti politik dan ekonomi.