Jangan Susah Payah Belajar Bahasa

Bagi orang dewasa, berpada-padalah dengan pemelajaran bahasa. Jangan menyusahkan diri kerana keupayaan anda terhad! Walau bagaimana, sekalipun anda mencuba, belum pasti percubaan tersebut membuahkan hasil. Hal ini dibuktikan melalui kajian dan bukannya berdasarkan andaian.

Bahasa Melayu untuk Penutur Asing

Penulis berpendapat bahawa budaya bahasa Melayu merupakan sumber yang penting dalam proses komunikasi. Kepentingan budaya bahasa melampaui penguasaan nahu kerana budaya bahasa menawarkan modal berkomunikasi yang menepati jalur fikiran penutur asal bahasa Melayu.

Hendak Seribu Daya

Menurut Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, tidak bermakna menjadi warga sesebuah negara jika seseorang itu tidak memahami, malah jauh sekali mampu menuturkan bahasa kebangsaan negaranya. Hal ini dikatakan demikian kerana baginda berpandangan bahawa setiap warganegara Malaysia wajib berupaya berkomunikasi dalam bahasa kebangsaan negara mereka.

Retorik Pendedahan

Sesuatu penulisan itu mestilah menunjukkan penggunaan bahasa yang gramatis dan susunan yang kemas agar idea yang hendak disampaikan jelas dan tepat. Idea itu pula perlu dikembangkan dengan teratur dan berkesan. Dengan perkataan lain, idea dalam ayat yang berturutan itu mempunyai kesinambungan dan berfokus pada isu yang...

Guru Ibu Bapa Kedua Pelajar

Guru sebenarnya bukan sekadar guru di bilik darjah, tetapi juga pemimpin di situ. Mereka juga boleh memimpin pelajar dalam sistem moral, akhlak, kreativiti dan daya usaha. Sebagai contohnya, guru boleh mengambil sedikit masa sebelum memulakan sesi pelajaran dan pemelajaran dengan menyelitkan pendidikan akhlak dan akidah.

Guru Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak

Pepatah mengatakan “guru ibarat lilin, menerangi orang lain sambil dirinya terbakar”. Oleh itu, timbul pertanyaan: adakah benar guru sanggup membiarkan dirinya “terbakar” hanya untuk menerangi orang lain? Apakah maksud yang tersirat di sebalik kata yang tersurat ini?

Persembahan untuk Sultan Perak

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah bahawa setiap warganegara Malaysia wajib berupaya berkomunikasi dalam bahasa kebangsaan yang menjadi platform untuk mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini.

Buku Kelana Belantara Kata

Satu daripada kriteria untuk mengukur perkembangan industri buku sesebuah negara ialah jumlah tajuk buku baharu yang diterbitkan dalam tempoh setahun. Adakah jumlah penulis kita sudah cukup banyak? Adakah mereka menulis buku yang menepati keperluan dan cita rasa rakyat negara ini? Sudah memadaikah jumlah buku dalam bahasa Melayu untuk keperluan...

“Demokrasi Bahasa” di Bandar Bersejarah

Sambutan tersebut menggunakan tiga bahasa – bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Cina. Tentu sekali bahasa Melayu digunakan kerana bahasa itu bahasa kebangsaan negara. Bahasa Inggeris digunakan pastinya untuk membolehkan pelancong asing, terutamanya, mengikuti dan memahami perjalanan majlis. Bahasa Cina pula digunakan kerana majlis itu dianjurkan oleh...

KBAT Pendidikan Abad Ke-21

Kementerian Pendidikan mendefinisikan KBAT sebagai "keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran, dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan berupaya mencipta sesuatu." Berdasarkan takrif tersebut, sudah pasti golongan yang perlu bertindak ialah guru, yakni pendidik abad ke-21.